Negara telah menerima bekalan vaksin Covid-19 pertama pada 21 Februari baru-baru ini. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digelar Abah serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah (Pak Ngah) akan menjadi individu terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 negara untuk membuktikan vaksin ini adalah selamat.

Keberanian mereka menawarkan diri untuk menerima vaksin adalah penting bagi memastikan Program Imunisasi Covid-19 yang akan dilancarkan pada 26 Februari 2021 berjaya. Di bawah pelan ini kerajaan mensasarkan pembentukan komuniti berkelompok dengan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa di Malaysia menerima vaksin. Pencapaian ini membolehkan penularan jangkitan Covid-19 dapat dibendung daripada menjadi lebih teruk.

Walaupun vaksin Pfizer-BioNTech dan vaksin-vaksin yang dibekalkan adalah selamat, masih ada pihak yang meragui keselamatannya. Vaksin-vaksin tersebut telah diuji keselamatannya di kebanyakan negara untuk memilih sumber vaksin yang sesuai dan menyebabkan penangguhan Program Imunisasi.

Oleh itu, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang mengenai keselamatan vaksin tersebut. Sebaliknya, vaksin ini adalah penting untuk membentuk ‘herd immunity’ bagi membendung penularan Covid-19. Oleh itu, rakyat perlu mendapatkan suntikan vaksin pada masa yang sama, jangan sebar berita palsu. Sebagai contoh, penularan Covid-19 adalah konspirasi dan penghantaran vaksin adalah daripada Dajjal walaupun tiada bukti langsung dikemukakan. Hakikatnya kejayaan pelaksanaan program imunisasi ini adalah kejayaan rakyat dan negara.

Program imunisasi berkenaan akan dilaksanakan dalam tiga fasa yang mana fasa pertama bermula 26 Februari hingga April 2021, fasa kedua mulai April hingga Ogos 2021 dan fasa ketiga dari Mei 2021 hingga Februari 2022. Bagi fasa pertama, seramai 500,000 penduduk akan menerima suntikan pada fasa pertama terdiri daripada petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan, perkhidmatan penting dan keselamatan, mereka yang berumur 65 tahun ke atas dan kumpulan berisiko. Bagi fasa ketiga pula, seramai 13,700,000 penduduk akan menerima suntikan vaksin terdiri daripada 18 tahun dan ke atas (warganegara dan bukan warganegara).

Program vaksinasi ini adalah bukti kerajaan mementingkan rakyat. Rakyat diseru menyertai program imunisasi ini bukan sahaja untuk keselamatan mereka sendiri, bahkan untuk keluarga, masyarakat dan negara. Terima kasih ABAH, PAK NGAH dan kerajaan kerana prihatin akan kehidupan rakyat serta lakukan tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here