Airbnb merupakan satu platform hub pelancongan dimana kemudahan seperti rumah, apartmen atau bilik untuk disewakan semasa bercuti di sesuatu tempat diiklankan. Di antara portal online seperti Airbnb yang popular dalam kalangan masyarakat dan sering dilayari adalah seperti mudah.my dan iBilik. Penggunaan Airbnb sangat popular dalam kalangan travellers untuk mencari tempat tinggal ketika travel ke luar negara kerana Airbnb menyediakan perkhidmatan pencarian penginapan yang sesuai mengikut bajet dan bilangan tetamu. Dengan kewujudan web Airbnb, proses untuk mencari tempat penginapan menjadi lebih mudah kerana semuanya terdapat di dalam web tersebut.

Perkhidmatan Airbnb juga telah menular ke negara kita dengan jayanya apabila pada tahun 2017, komuniti Airbnb telah menyumbang RM200.4 juta kepada ekonomi negara. Namun, sebelum ini, terdapat beberapa pihak berkuasa tempatan tidak mengiktiraf perkhidmatan Airbnb tetapi bagi pihak kerajaan, perkhidmatan Airbnb adalah merupakan satu trend dalam industri pelancongan yang patut diteruskan. Malahan pengusaha Airbnb di negara ini dinasihatkan untuk berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya agar pihak kementerian dapat membantu pengusaha dari pelbagai sudut termasuk dari segi soal kebajikan.

Airbnb menawarkan pelbagai penginapan yang bersesuaian dengan bajet anda

Seperti bidang-bidang perniagaan lain, bidang pelancongan juga tidak dapat lari daripada terkesan dengan perkembangan teknologi digital. Platform digital ini akan terus berkembang dan memainkan peranan yang penting pada masa hadapan kerana peratus pelancong di seluruh dunia terdiri daripada generasi milenial yang sudah pastinya akan menggunakan platform digital.

Sempena tahun melawat Malaysia 2020, kerajaan menyasarkan kedatangan 28.1 juta pelancong dan kewujudan perkhidmatan Airbnb ini dilihat dapat membantu mempromosikan negara Malaysia. Hal ini kerana, Airbnb akan memaparkan sektor pelancongan dan perkhidmatan yang terdapat di Malaysia sekaligus memberi cadangan kepada para pelancong mengenai keunikkan di sesuatu tempat yang mereka ingin lawati.

Teknologi digital mengubah dunia pelancongan

Kewujudan Airbnb di Malaysia ini memberi pilihan kepada pelancong untuk memilih tempat penginapan sesuai dengan bajet mereka. Bukan itu sahaja, penawaran perkhidmatan di Airbnb ini juga menjadi ‘penyelamat’ ekonomi sesetengah pihak terutamanya golongan kelas pertengahan yang ingin mencari pendapatan tambahan. Bagi para pelancong pula, Airbnb menawarkan alternatif yang lebih murah dan fleksibel berbanding dengan hotel konvensional dan sangat membantu untuk traveller yang ingin bercuti dengan bajet yang rendah.

Justeru itu, kewujudan Airbnb ini bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan yang gemar bercuti, malahan ia turut membuka peluang kepada masyarakat untuk menjana pendapatan mereka sekaligus dapat membantu dalam menangani kos sara hidup. Oleh itu, sektor pelancongan tempatan perlu memanfaatkan perkembangan teknologi digital, dalam usaha memastikan Malaysia kekal menjadi destinasi pilihan pelancong dan platform Airbnb adalah salah medium terbaik dalam mempromosi industri pelancongan negara ke peringkat global.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here