Baru-baru ini, dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) paling rendah antaranya adalah disebabkan pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang menyebabkan pelabur menarik keluar dana dari pasaran saham serantau, bukan sahaja di Malaysia bahkan di negara-negara lain di Asia. Sebagai sebuah tabung yang melaburkan sebahagian besar dananya dalam pasaran saham, pendapatan ASB pastinya terkesan sehingga menjejaskan keupayaannya untuk memberi pulangan kepada pelabur.

Faktor penurunan dividen ASB disebabkan perang Amerika-China

Realitinya, ASB tidak mungkin boleh lari daripada sebarang pergerakan dalam prestasi pasaran saham atau perubahan dalam kestabilan ekonomi dalam dan luar negara kerana sebahagian besar pelaburan ASB adalah dalam bentuk ekuiti atau saham. Jika pasaran saham merosot disebabkan persekitaran tempatan dan global yang tidak menentu, pelaburan ASB dalam pasaran saham mungkin tidak mampu memberi pulangan yang tinggi sebagaimana yang diharapkan pelabur setiap tahun.

Malah, proses pemulihan ekonomi yang agak perlahan pada ketika ini menjadi salah satu faktor mempengaruhi penurunan pemberian ASB kepada ahlinya dan juga pelabur. Mereka sudah tentu mahu mengelak risiko dan mencari pelaburan selamat untuk memelihara modal serta mengehadkan kerugian. Meskipun begitu, apabila ekonomi beransur pulih, maka pelabur-pelabur ini juga akan memasuki pasaran semula. Oleh itu, turun naik pasaran saham merupakan lumrah yang seharusnya diterima pelabur. Malah bagi pelabur yang berani menongkah arus, turun naik pasaran saham ini sentiasa dinantikan kerana ianya datang bersama peluang.

Walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia masih positif tetapi tetap perlahan. Ini bermakna Malaysia tidak mengalami kemelesetan ekonomi. Oleh itu semua pihak khususnya pelabur sewajarnya melabur di dalam ASB kerana ia mampu menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang unit.

PNB meningkatkan governance syarikat dan melabur di luar negara.

Justeru, Permodalan Nasional Berhad (PNB) perlu mengambil tindakan proaktif untuk melabur ke luar negara bagi mencari peluang baru. PNB juga perlu meningkatkan governance syarikat yang dimiliki mereka dalam Bursa Malaysia dan jumlah pelaburan di luar negara.

Oleh itu, semua pihak tidak boleh terlalu fokus kepada pulangan dan sentiasa mengharapkan pulangan yang tinggi daripada pelaburan mereka. ASB sepatutnya menjadi pilihan pertama, bukannya alternatif apabila kita memulakan pelaburan kerana ia berisiko rendah dan sehingga kini memberi pulangan yang memuaskan kepada orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here