Gojek sememangnya sudah sinonim dengan negara jiran Indonesia, Thailand, Vietnam di mana perkhidmatan ini akan menawarkan servis teksi bermotorsikal kepada para penumpang. Baru-baru ini pihak Kerajaan Malaysia menyambut baik cadangan yang telah dibentangkan oleh YB Syed Saddiq untuk memperkenalkan servis Gojek Di Malaysia.

Tegas beliau perkhidmatan sebegini akan dapat membantu golongan muda yang mempunyai motosikal untuk mencari pendapatan mereka sendiri. Hal ini kerana kita sedar bahawa untuk di zaman yang penuh cabaran ini untuk mencari sebuah pekerjaan tetap amatlah sukar. Beliau selaku Menteri Belia Dan Sukan telah membuat kaji selidik di laman twitter rasmi terhadap golongan muda berkenaan cadangan tersebut dan hasilnya 88% anak muda bersetuju dengan usaha itu.

Perkhidmatan mendapat sambutan di Indonesia

Namun, selain soal keselamatan perlu juga kita lihat dari sudut lain berkenaan dengan perkhidmatan Gojek iniĀ  di mana dari sudut Islam atau batas pergaulan di antara pembonceng dan penunggang perlulah diambil kira. Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan seharusnya kita perlu mengambil kira tentang perkara tersebut.

Perkhidmatan Gojek ini bebas untuk digunakan oleh sesiapa sahaja baik lelaki mahupun wanita dan sudah tentu majoriti penunggang Gojek adalah di kalangan kaum lelaki. Disinilah mula timbulnya persoalan apakah hukum menunggang atau pun membonceng Gojek ini dari Islam.

Oleh yang demikian, dalam keadaan seorang wanita yang bukan mahram menaiki motorsikal dan berduaan dengan lelaki, sesetengah ulama berpendapat bahawa ia merupakan satu kelakuan khalwat dan hukumnya adalah haram.

Walau bagaimanapun, ada segelintir ulama berpendapat Gojek ini tidak tergolong sebagai perbuatan khalwat. Ia adalah kerana mereka berpendapat bahawa khalwat adalah di dalam situasi lelaki dan wanita bukan mahram yang berdua-duaan di tempat yang bersembunyi manakala Gojek tidak berada di dalam keadaan sebegitu.

Mampukah gojek memenuhi citarasa orang Malaysia?

Cadangan untuk memperkenalkan Gojek di Malaysia perlu dikaji semula dengan lebih terperinci. Pihak kerajaan boleh mendapatkan pandangan daripada mufti-mufti di dalam negara berkenaan dengan perkara ini terlebih dahulu. Sekiranya perkhidmatan ini tidak menyalahi dari sudut hukum agama maka cadangan untuk memperkenalkan perkhidmatan Gojek di negara kita pasti akan disambut baik oleh rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here