Gerakan Neo Nazi merupakan sebuah gerakan radikal yang dibentuk melalui Parti Buruh Jerman Sosialis Nasionalis (NSDAP) yang pada asalnya sebuah parti politik di Jerman antara tahun 1920 hingga 1945. Adakah gerakan ini mempunyai persamaan seperti The Islamic State (IS)? Secara teorinya, memang terdapat persamaan di antara kedua-dua gerakan radikal ini. Kerana perjuangan gerakan ini adalah gerakan anti perkauman yang menggunakan kekerasan sebagai jalan untuk berkuasa.

Mereka melancarkan pemberontakan untuk melakukan “pembersihan budaya” agar tidak dicampuri dengan golongan yang tidak mempunyai kaitan dengan susur galur mereka atau lebih tepat lagi disebut “pure blood”. Gerakan ini diketuai oleh Adolf Hitler yang juga merupakan Pengerusi parti tersebut pada 29 Julai 1921 dan terus memulakan program untuk menjadikan parti ini sebagai sebuah organisasi pemberontak yang radikal.

Adolf Hitler merupakan pencetus kepada Pergerakan Neo Nazi yang menggunakan kekerasan untuk mendapatkan kuasa pemerintah

Pada masa yang sama, beliau juga telah menubuhkan satu pasukan yang dipanggil “Storm Troopers” yang dijadikan alat untuk mengembangkan pengaruh parti Nazi melalui intimidasi, ketakutan dan serangan yang ganas ke atas parti politik lain. Namun, pada 1923 parti ini diharamkan setelah gagal dalam percubaan menjatuhkan Kerajaan Bavaria di dalam peristiwa “Beer Hall Putsch”. Akibatnya, Hitler dan juga para penasihatnya disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan khianat.

Yang jelas, gerakan ini sangat merbahaya hingga boleh mengancam keselamatan dunia sekiranya tidak dibendung. Contoh yang dapat dilihat dengan ketara pada kejadian serangan ke atas dua buah masjid di wilayah Christchurch, New Zealand yang mengorbankan seramai 50 orang mangsa pada 15 Mac yang lalu. Difahamkan, salah seorang penyerang tersebut merupakan penganut ideologi Neo Nazisme. Selain kejadian di Christchurch, kejadian yang sama berlaku pada tahun 1995 apabila seorang penganut Neo Nazisme telah meletupkan sebuah bangunan di Oklahoma, Amerika Syarikat menyebabkan 168 orang maut.

Dalam hal ini, Gerakan Neo Nazi ini wajib dikategorikan sebagai gerakan yang berbahaya atau lebih tepat diiktiraf sebagai kumpulan pengganas. Ini kerana mereka beranggapan bahawa bangsa kulit putih adalah manusia yang termulia manakala kaum lain hanya layak menjadi golongan bawahan dan layak dibunuh. Ini jelas sangat bertentangan dengan norma kemanusiaan yang berhak mendapat hak yang sama. Tindakan yang dilakukan atas alasan mempertahankan White Supremacy ini jelas bertentangan dengan hukum alam, malah kontradik dengan semua undang-undang mereka sendiri.

Lambang salib swastika yang digunakan para penganut fahaman Gerakan Neo Nazi

Ironinya, kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah dengan segera bagi mengekang kemasukan fahaman ini daripada merebak ke dalam negara dan seterusnya mempengaruhi rakyat. Antara langkah yang boleh diambil oleh kerajaan adalah dengan mengeluarkan arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk melakukan pemantauan secara berkala ke atas beberapa laman web yang dikesan mengandungi propaganda bagi menyeru rakyat negara ini menerima ideologi yang dibawa oleh kumpulan radikal terbabit.

Di samping itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga perlu memainkan peranan dalam mengesan sebarang aktiviti perhimpunan haram yang dijalankan di negara ini tanpa permit yang sah. Ini kerana fahaman serta ideologi kumpulan ini akan tersebar secara meluas melalui perhimpunan yang dijalankan. Pihak Jabatan Peguam Negara juga perlu merangka satu akta baharu khas untuk menghalang ancaman kumpulan-kumpulan radikal ini.

Justeru, peranan serta tindakan pantas dari pihak kerajaan Malaysia amatlah diharapkan bagi mengekang penyebaran ideologi-ideologi parti radikal sayap kanan ini dari terus tersebar ke dalam negara dan seterusnya mempengaruhi minda rakyat Malaysia ke arah keganasan. Ini kerana dikhuatiri akan mengancam keselamatan negara dan seterusnya menggugat kestabilan politik, ekonomi serta pentadbiran pemimpin negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here