Pihak kerajaan telah membuat pembentangan di dalam Belanjawan 2020 berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM450 juta bagi insentif e-Tunai rakyat. Insentif tersebut telah diumumkan sendiri oleh Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Belanjawan 2020 untuk diagihkan kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Antara aplikasi yang boleh digunakan untuk menebus RM30 dalam inisiatif ini

Oleh itu, kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun, anda layak untuk menerima bantuan e-Tunai bernilai RM30 dalam dompet digital atau “e-Wallet’ bermula dari 15 Januari sehingga 14 Mac.

Hanya terdapat tiga penyedia e-Wallet sahaja yang disahkan bersetuju untuk menjalankan kerjasama bersama pihak kerajaan dalam menjayakan program ini iaitu Touch n Go, e-Wallet, Boost dan juga Grabpay. Hal ini kerana aplikasi ini adalah sangat popular di kalangan rakyat Malaysia dan penggunaannya cukup luas di dalam negara kita.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, ia adalah untuk menggalakkan rakyat membeli tanpa menggunakan tunai. Inisiatif ini juga selari dengan transformasi digital pada masa kini dimana kebanyakan negara luar sudah mula melaksanakan perbelanjaan melalui sistem e-Tunai.

Pelbagai perbelanjaan boleh dilakukan dengan hanya menggunakan 1 aplikasi

Melalui program ini akan memberikan satu pengalaman baru kepada pengguna dan memberikan kesedaran bahawa wujud satu kaedah transaksi pembayaran yang jauh lebih selamat berbanding pembayaran tunai. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pembayaran e-Tunai sudah mula dilaksanakan di dalam negara kita namun penggunaannya tidak diperluaskan kepada masyarakat.

Oleh yang demikian, secara tidak langsung inisiatif pihak kerajaan ini adalah sangat bertepatan dan wajar untuk diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang. Walaupun RM30 tersebut bukanlah satu jumlah yang besar kepada rakyat, namun ia mampu mendidik dan menggalakkan rakyat untuk berbelanja lebih dengan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here