Baru-baru ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa untuk membatalkan serta merta pengeluaran pengecualian visa selama 15 hari yang diperuntukkan kepada pelancong dari China sebagai langkah untuk mengekang penularan virus koronavirus di negara ini.

Filipina hantar pulang pelancong China dari Wuhan

Sehubungan itu, tindakan ini adalah wajar bagi memastikan keselamatan rakyat di negara ini diutamakan berbanding nilai keuntungan hasil pelancongan. Sebagai contoh, Hong Kong sendiri mengumumkan darurat kerana tidak mahu virus koronavirus menjadi seperti SARS suatu ketika dahulu. Malah kerajaan Filipina juga telah menghantar pulang serta merta rakyat China dari Wuhan yang disyaki bergejala virus koronavirus kerana tidak mahu bertanggungjawab ke atas sebarang penularan di Filipina. Jadi sudah sampai masanya Malaysia menjadi tegas serta memahami nyawa rakyat adalah paling bernilai melebihi perdagangan dan pelancongan kerana virus ini boleh membawa maut.

Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan lambat bertindak menangani masalah ini memandangkan virus koronavirus masih belum mencapai tahap kritikal, sehingga perlu menghentikan industri pelancongan. Malah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah juga bersetuju dalam perkara ini di mana tiada keperluan untuk membawa rakyat Malaysia di Wuhan pulang ke negara ini. Ini kerana Kedutaan Malaysia di Beijing dan Konsulat Jeneral di Xi’an, China sentiasa berhubung bagi mendapatkan perkembangan mereka berikutan virus 2019 Novel Koronavirus.

Kerjasama Kedutaan Malaysia di Beijing dan Jeneral di Xi’an, China menangani virus koronavirus

Realitinya keputusan kerajaan membatalkan visa kepada warga China dari Bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya tidak menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara. Hubungan rapat antara dua negara itu sudah lama terjalin melalui pelbagai kerjasama selain ia tidak menjejaskan kempen TMM2020 kerana pelawat lain seperti Australia dan England masih boleh melawat ke negara ini.

Oleh itu, masyarakat dinasihatkan tidak menyebarkan berita palsu mengenai virus koronavirus kerana ia boleh mengakibatkan panik dan kerisauan berlebihan kepada masyarakat. Malah Kementerian Kesihatan (KKM) juga melakukan saringan kesihatan terperinci di pintu masuk antarabangsa negara, serta pemantauan rapi di semua peringkat koodinasi menerusi pengaktifan bilik gerakan di peringkat daerah, negeri dan pusat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here