Pada 23 Jun 2016 satu referendum telah dijalankan untuk menentukan samada British kekal atau tidak di dalam Kesatuan Eropah (EU). Majoriti rakyat dengan undian referendum sebanyak 51.9 peratus memilih untuk keluar dari EU. Referendum adalah sebuah undian bercorak YA atau TIDAK. Selepas memenangi PRU 2015, Perdana Menteri Britain ketika itu David Cameron telah berjanji akan mengadakan referendum ini akibat desakan dari ahli parlimen parti beliau sendiri iaitu Conservative Party. Mereka berpendapat bahawa sejak berada di dalam EU, Britain tidak lagi berkuasa untuk membuat pilihan sendiri. Kini orang Britain sudah dikawal sepenuhnya. Referendum ini dijalankan melalui satu pungutan suara yang dikenali sebagai Brexit atau ‘British exit’.

Melalui undian referendum yang dinyatakan di atas, 51.9 peratus rakyat Britain memilih untuk keluar dari EU manakala separuh daripadanya lagi memilih untuk kekal di dalam EU. Jika David Cameron bertegas dengan keputusannya untuk keluar daripada EU, bermakna beliau telah menarik Britain dengan krisis perpecahan, iaitu antara rakyat yang memilih untuk ‘remain’ atau ‘leave’.

David Cameron masih dengan pendiriannya yang ingin kekal dalam EU, namun keputusan rakyat yang ‘50-50’ memaksa beliau melepaskan jawatannya. Kemudian Theresa May diangkat memimpin parti Conservative dan mengetuai kerajaan Britain sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu.

Demonstrasi Brexit, ‘Remain’ atau ‘Leave’

Selepas hampir dua tahun ‘memikirkan’ keputusan referendum, pada 25 November 2018, EU secara rasminya mengizinkan niat Britain untuk keluar. Bukan mudah bagi Theresa May untuk membuat keputusan. Beliau telah mengemukakan Artikel 50 Treaty of European Union pada 29 Mac 2017 melalui surat rasmi kerajaan Britain kepada Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk. Surat tersebut mengesahkan keputusan Britain untuk keluar dari EU serta komuniti tenaga yang dikenali sebagai European Atomic Energy Community secara sah pada 30 Mac 2019. Kini hanya 27 buah negara yang menganggotai EU selepas Britain mengambil keputusan untuk mengundur diri. Britain merupakan negara pertama yang keluar dari EU.

Bekas Datuk Bandar London, Boris Johnson adalah antara salah seorang pemimpin yang mengetuai Brexit. Beliau menyifatkan EU sebagai satu kesatuan yang gagal dengan mengambil contoh dari negara Greece yang masih terperangkap dalam kancah hutang. Justeru, Britain mahu kuasa menentukan hala tuju negara terutama di dalam isu imigresen dan ekonomi ditentukan sendiri oleh Britain tanpa campur tangan EU.

Apabila Britain masih di dalam kelompok EU, rakyat-rakyat daripada negara lain yang juga berada di dalam kelompok yang sama boleh bekerja di Britain tanpa menggunakan visa, walhal Britain mahu mengurangkan kemasukan orang luar yang bekerja di negara mereka. Jika Brexit ini berjaya, perniagaan di Britain juga mungkin tidak akan dikenakan peraturan dan keahlian yang didakwa yurannya sahaja mencecah sehingga 17.4 bilion Pound setahun.

Perdana Menteri Britain Theresa May

Kesatuan Eropah atau EU merupakan satu kuasa besar yang menguasai ekonomi dunia. Dari perspektif ekonomi EU berfungsi sebagai seolah-olah sebuah negara yang mempunyai Parlimen dan mata wang sendiri iaitu euro. Dalam kesatuan ekonomi ini, barangan dan perkhidmatan serta tenaga buruh adalah bebas bergerak melampaui sempadan negara antara 28 ahlinya.

Kesan Brexit masih lagi tidak jelas untuk kesan jangka panjang. Apa yang dipolemikkan hanyalah kesan jangka pendek seperti nilai mata wang, pasaran saham dan pemboleh ubah kewangan yang tidak semestinya memberi kesan terhadap asas ekonomi jangka panjang. Adakah Brexit mempengaruhi ekonomi Malaysia yang meliputi mana-mana permintaan agrerat negara seperti pelaburan, penggunaan, perbelanjaan kerajaan dan ekport bersih? Secara umunya tiada saluran yang jelas menyatakan bahawa ianya akan mempengaruhi salah satu atau lebih komponen permintaan agrerat Malaysia seperti yang dinyatakan di atas.

Tetapi Malaysia mungkin akan terkesan dengan nilai ringgit berbanding pound. Namun ianya adalah kesan yang positif kepada Malaysia. Ketua Ekonomi IQI Shan Saeed meramalkan nilai Pound akan jatuh sebaris nilai Dolar. Sekiranya Brexit berlaku, ringgit dan mata wang lain akan kembali kukuh tetapi jika sebaliknya, ringgit mungkin menyusut. Kesan positif ini mungkin akan memberi kebaikan kepada hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dan UK namun ianya akan mengambil sedikit masa.

Isu ini seperti perjanjian TPPA yang bersifat terbuka dalam ekonomi. Ia dilihat mampu memberi kesan positif terhadap ekonomi negara dengan meningkatkan perdagangan dan pelaburan. Namun jika ianya benar-benar memberikan kesan yang positif, mengapa Britain melancarkan referendum Brexit. Pemimpin lain hanya melihat dari segi keuntungan kewangan, tetapi adakah mereka menyedari bahawa negara yang berada di dalam kelompok EU ini yang mengamalkan ‘free movement’ daripada rakyat negara lain akan menyebabkan gaji rakyat negara masing-masing menjadi rendah. Kerajaan Malaysia harus belajar daripada Britain, iaitu mengutamakan hak rakyat negara ini berbanding warganegara lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here