Sedar atau tidak, rakyat Malaysia pada hari ini semakin bijak dalam menilai kemampuan sesebuah kerajaan untuk mengurus dan mentadbir negara. Maka, tidak hairanlah jika kerajaan hari ini menghadapi cabaran yang lebih besar bagi memuaskan hati rakyat.

Oleh itu, sebagai rakyat yang berhak memilih pemimpin, sudah pasti mereka mengharapkan kerajaan mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin. Sehubungan itu, kerajaan perlu menetapkan hala tuju pentadbiran negara dengan lebih jelas supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Mentadbir Malaysia ada cabaran yang tersendiri

Di samping itu, terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan dalam pentadbiran negara iaitu ekonomi, keselamatan, penyediaan perkhidmatan, alam sekitar dan kebajikan rakyat. Hal ini kerana rakyat akan menilai kewibawaan kerajaan sebagai pentadbir dalam memberikan keutamaan kepada rakyat.

Kewujudan sesebuah negara adalah kerana adanya rakyat dan mereka jugalah penentu dan penggerak masa depan negara. Oleh itu, kerajaan perlu memastikan setiap dasar yang dilaksanakan akan mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Menjadi kerajaan bukanlah sekadar mendapatkan kuasa

Justeru itu, sekiranya kepentingan rakyat menjadi agenda utama kerajaan ia sudah pasti mampu membentuk sebuah negara yang lebih maju dan harmoni. Tidak dinafikan, mentadbir sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti di Malaysia bukanlah perkara mudah. Namun, ia bukanlah alasan untuk kerajaan terus mengabaikan apa yang disuarakan oleh rakyat.

Hakikat untuk menjadi sebuah kerajaan tidaklah semudah menabur janji dan mendapatkan kuasa. Malah, ia lebih daripada itu di mana kredibiliti kerajaan akan diuji sama ada mampu menjalankan tanggungjawab dengan amanah dalam pentadbiran negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here