Jumlah perjawatan awam akan dikurangkan sebanyak lima peratus secara berfasa menjelang tahun 2021 setelah kerajaan bercadang untuk melaksanakannya kerana saiz perkhidmatan awam negara terlalu besar. Menurut Timbalan Menteri Undang-undang, Mohamed Hanipa Maidin, jumlah perjawatan ini boleh dikurangkan tanpa menjejaskan prestasi penyampaian perkhidmatan dan punca pendapatan pegawai yang terlibat.

Kerajaan akan menurunkan jumlah perjawatan awam sebanyak 5% menjelang 2021

Pengurangan perjawatan ini akan mengurangkan pekerjaan daripada 1.7 juta kepada 1.61 juta dan tidak mejejaskan jumlah kakitangan sedia ada yang berjumlah 1.57 juta kakitangan awam. Tetapi pengurangan perjawatan tidak semestinya melihat kepada beban yang ditanggung kerajaan kerana mereka menjalankan tugas sebagai pihak yang menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat Malaysia.

Malah jika hendak diikut dengan situasi semasa, jumlah rakyat Malaysia kian bertambah dan berberapa persoalan mula timbul tentang cadangan kerajaan ini. Adakah langkah kerajaan ini akan membantutkan cadangan kerajaan untuk menambah nisbah doktor kepada pesakit yang pada ketika ini 1:520 kepada sekurang-kurangnya 1:450?

Sama juga dengan langkah untuk mencapai nisbah polis kepada penduduk kepada 1:350 berbanding ketika ini 1:500. Malah, bagaimana hendak memastikan bilik darjah mencapai standard baik 1 kelas hanya 25 pelajar berbanding 1:45 ketika ini? Ini bermakna jumlah guru dan kelas perlu ditambah untuk mencapai perkara ini.

62% penjawat awam merupakan sektor kesihatan, pendidikan, tentera dan polis.

Kesan daripada langkah ini hanya akan menguntungkan kerajaan dalam jangka masa pendek bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan. Tetapi pada masa akan datang ia boleh menyebabkan kekurangan pekerja dalam sektor-sektor kerajaan. Akhirnya penjawat kerajaan terpaksa melakukan lebih banyak tugasan.

Justeru, cadangan kerajaan ini tidak boleh melihat kepada bebanan yang kerajaan terpaksa tanggung sahaja kerana mereka inilah yang berkhidmat bagi melaksanakan dasar-dasar dikeluarkan kerajaan. Jika kerajaan betul mahu mengurangkan perjawatan kerajaan diharapkan ianya tidak melibatkan perjawatan di sektor kesihatan, pendidikan, tentera dan polis kerana tugasan mereka amat diperlukan dalam negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here