Bulan Ramadhan sudah hampir memasuki minggu ketiga, tetapi perbalahan antara para pemimpin parti-parti politik Malaysia semakin hangat dan terus panas. Seperti yang terjadi sepanjang bulan ini di mana adanya perselisihan dalaman antara ahli-ahli UMNO dan kepimpinan tertinggi mereka termasuk Presiden UMNO sendiri iaitu Zahid Hamidi. Begitu juga dengan ahli-ahli PKR bersama Presiden mereka, Anwar Ibrahim. Pergeseran ini membuatkan dunia politik Malaysia terumbang ambing seperti dilanda badai. Walaupun sesama Islam, mereka saling tidak bersatu dan masing-masing mempunyai agenda untuk menjatuhkan kerajaan sah di bawah pimpinan Yang Di-Pertuan Agong.

Mengapa ini semua terjadi di dalam bulan yang mulia dan penuh barokah? Tidak malukah mereka dengan kemuliaan bulan Ramadhan? Sepatutnya para pemimpin harus menghormati kedatangan bulan seribu rahmat ini dengan mengajak para penyokongnya melakukan lebih banyak amal kebaikan dan ibadah, bukan saling memfitnah, bukan saling menuduh dan bukan saling bermusuh! Sifat tersebut bukan sahaja membuatkan amalan puasa menjadi ‘kurus’ bahkan dibenci Allah SWT. Rasulullah SAW:

“Bukanlah puasa itu hanya dengan menahan dari makan dan minum, tetapi sesungguhnya puasa itu adalah dengan meninggalkan segala perbuatan yang mengundang dosa, lagha dan rafats. Sekiranya seseorang mencemuh kamu terhadapmu, maka katakanlah: “Sungguh aku sedang berpuasa.” (Sahih Riwayat Ibnu Khuzaimah).

Wahai Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim, kamu ini memang antara figura hebat yang disanjung tinggi di kalangan masyarakat Malaysia. Tetapi akibat perbuatan kamu berdua bersama sekutu-sekutu kamu membuatkan ahli-ahli kamu hilang arah dan hilang hormat terhadap kamu. Cukup-cukuplah menjadi seorang pemimpin yang zalim yang mengkhianati amanah ahli UMNO dan rakyat Malaysia dan menjadikan parti politik serta kedudukan dalam parti sebagai alat untuk memenuhi nafsu dan kegilaan kuasa kamu di dalam dunia politik ini. Takkan ke mana ‘perjuangan’ kamu itu kalau di dalam hati penuh dengan perasaan dendam kesumat yang melampau. Ingat, ahli-ahli parti juga mempunyai hak yang sama untuk bersuara dan menegur tingkah laku kamu berdua. Rasulullah SAW bersabda:

“Tiga orang yang Allah enggan berbicara dengan mereka pada hari kiamat kelak. (Dia) tidak sudi memandang muka mereka, (Dia) tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda). Dan bagi mereka disiapkan siksa yang sangat pedih. (Mereka ialah): Orang tua yang berzina, Penguasa yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabur.” (HR. Muslim)

Renungilah hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW ini, bagaimana pada hari kiamat Allah SWT tidak sudi memandang dan berbicara dengan tiga golongan pendosa ini. Salah satunya adalah pemimpin yang suka berdusta. Itu kenyataan, kalian barangkali boleh bergelak ketawa dengan kenyataan ini. Tapi apabila saat itu, ia akan menjadi satu penyesalan buat kamu. Ini kerana kamu bersikap zalim, berdusta dan menganiayai bawahan kamu. Apabila doa orang yang dizalimi diangkat oleh Allah SWT, maka tiada jalan keluar kecuali balasan azab yang amat perit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here