Pengumuman darurat oleh kerajaan dari 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021 adalah bertujuan untuk membendung penularan Covid-19. Keputusan ini dibuat susulan peningkatan kes Covid-19 yang telah naik mendadak pada hujung tahun 2020 sehingga mencecah empat angka. Pada masa yang sama, beberapa negeri turut menghadapi bencana banjir. Oleh itu satu tindakan drastik dan berani perlu diambil bagi menangani wabak berkenaan di samping membantu rakyat yang terkesan akibat banjir.

Walaubagaimanapun, darurat yang diumumkan oleh kerajaan adalah disebabkan Covid-19 semata-mata. PM Muhyiddin Yassin dalam ucapan sempena setahun pentadbiran Perikatan Nasional (PN) menegaskan bahawa darurat bukan bertujuan untuk membolehkan perdana menteri kekal berkuasa selama-lamanya. Memandangkan darurat yang sedang berkuatkuasa akan tamat pada 1 Ogos 2021. Malah inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, darurat ada tempoh tamat.

PM Muhyiddin Yassin turut berjanji akan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen supaya pilihan raya boleh diadakan dan rakyat bebas memilih kerajaan mana yang layak untuk memerintah. Ikrar ini selaras dengan prinsip beliau yang menjunjung Perlembagaan dan demokrasi. Sementara darurat berlangsung, beliau dan rakan-rakan sejawat di Kabinet akan terus menjalankan tugas membantu rakyat dan memerangi wabak Covid-19.

Darurat ini juga akan membantu menstabilkan kerajaan agar dapat fokus kepada usaha membendung pandemik Covid-19. Dalam hal ini semua pihak sepatutnya bersatu padu menghadapinya. Tapi sayangnya masih ada yang sibuk nak merebut jawatan dan kuasa tanpa memikirkan kesan kepada rakyat. PRN Sabah adalah contoh terbaik risiko di mana wujud risiko bila diadakan pilihanraya.

Kita dapat lihat bahawa darurat ini sememangnya berbeza. Banyak perniagaan masih dibenarkan dibuka manakala sektor ekonomi lain masih berjalan tetapi dengan SOP yang ketat. Bursa Saham Malaysia juga masih lagi dibuka dan saham-saham masih didagangkan. Hakikatnya kerajaan tetap komited memastikan ekonomi negara terus berjalan seperti biasa walaupun darurat dikuatkuasakan.

Kesemua pendekatan ini membuktikan kerajaan mengambil berat mengenai hal ehwal negara dan rakyat. Apa yang penting mengimbangkan keperluan membendung wabak Covid-19 dan menjaga ekonomi. Oleh itu kita wajar ketepi dahulu kegilaan politik dan bersama-sama menentang Covid-19. Darurat yang dibuat adalah jalan keluar tangani Covid-19. Beri ruang pada kerajaan, yang penting kesihatan dan keselamatan rakyat perlu diutamakan. Yang pasti darurat ini bukan tiket untuk terus kekal berkuasa tapi untuk atasi Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here