Baru-baru ini, portal media Sarawak Report dan Sanjeevan, MyWatch tidak berpuas hati dan tidak senang dengan tindakan pucuk pimpinan PDRM yang melakukan lawatan kerja ke Istanbul, Turki dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak masuk akal melalui media sosial.

Tindakan tersebut seolah-olah memperlihatkan sikap mereka yang tidak profesional dalam menilai perkara ini sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap PDRM sebagai organisasi yang bertanggungjawab membanteras jenayah dan menjaga keamanan negara.

Lawatan kerja PDRM ke Istanbul bermula dari 7 hingga 12 Feb 2019 yang diketuai oleh Ketua Polis Negara bersama 16 lagi pegawai kanan polis sebenarnya adalah lawatan rasmi yang telah mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri. Perkara tersebut telah disahkan oleh Menteri Dalam Negeri dalam sidang akhbar bersama media semalam.

Lawatan ini telah ditaja oleh Lembaga Totalisator Malaysia iaitu satu badan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan (MoF) mengikut Akta Perlumbaan (Lembaga Totalisator) 1961. Manakala peruntukan kewangan untuk lawatan kali ini telah diluluskan sejak tahun 2018 lagi.

Ternyata spekulasi yang sengaja ditimbulkan pihak yang tidak bertanggungjawab ini adalah tidak benar. Mereka juga seolah-olah ingin mencemar nama baik PDRM dan memberi gambaran negatif kepada lawatan kerja KPN ke Turki. Perlu diingat, lawatan ini merupakan lawatan rasmi yang telah mendapat kelulusan KDN dan juga mendapat kelulusan belanjawan daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here