Perbuatan menyebarkan maklumat salah dan separa benar bukan satu perkara baharu dan telah berlaku sejak zaman-berzaman dalam bentuk semasa sembang petang dan bergosip, dengan kesannya mungkin hanya menjejaskan hubungan sesama individu dan tidak memberikan sebarang impak kepada kewangan atau ekonomi. Perkara yang akan lebih membimbangkan kita adalah ia akan menggugat kestabilan ekonomi sesebuah negara.

Kini masa telah mula berubah apabila Kemajuan teknologi pada hari ini seperti telefon pintar dan pelbagai platform media sosial, yang mana identiti palsu boleh direka dengan mudah, telah mendorong kepada tabiat baharu menyebarkan maklumat salah dan berita palsu. Tetapi tindakan itu kali ini, boleh menjejaskan wang dan sumber pendapatan sesebuah kerajaan.

Antara maklumat tidak sahih berkenaan dengan coronavirus di negara kita

Paling mendapat perhatian adalah pada ketika ini negara sedang berada dalam keadaan cemas disebabkan penularan virus Novel Coronavirus yang mana telah mengorbankan ratusan nyawa di Wuhan, China dan kini virus berkenaan sudah berada di dalam negara kita. Oleh itu, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab sengaja menyebarkan maklumat yang tidak sahih kepada masyarakat dan membuatkan mereka menjadi semakin panik dan cemas.

Setiap penyebaran maklumat yang salah dan mempunyai risiko terhadap seluruh dunia seharusnya tidak berlaku di dalam negara kita. Perkara sebegini akan membuatkan rakyat dari negara luar khususnya para pelancong asing yang ingin berkunjung ke Malaysia akan bersikap lebih berhati-hati untuk memasuki negara kita kerana bimbang dijangkiti virus yang sangat bahaya tersebut.

Sesiapa yang menyebar berita tidak sahih berhak untuk didakwa

Oleh yang demikian, jika situasi tersebut berlaku ia akan menyebabkan sumber pendapatan negara semakin menurun dan tidak rancak lagi seperti sebelum ini. Sektor pelancongan juga telah banyak mempengaruhi kepada prestasi ekonomi negara. Selain itu juga, kebimbangan para pelabur asing untuk melabur ke dalam negara dan tidak lagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang baik.

Maka selepas ini sekiranya kita menerima sesuatu berita hendaklah kita selidik terlebih dahulu sama ada ia adalah berita yang sahih atau tidak. Jika ragu-ragu tentang kebenarannya adalah lebih untuk kita mendiamkan diri sahaja. Justeru itu, kita berharap juga agar rakyat Malaysia memupuk budaya membaca bukan hanya sekadar tajuk dan menilai dengan teliti maklumat yang diterima, usaha mengekang maklumat salah dan berita palsu tidak akan ada penghujungnya jika kita tidak mahu mengkaji kesan bahaya menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here