Kerajaan telah mengumumkan kadar pertumbuhan KDNK negara bagi suku ke-4 tahun 2019 adalah 3.6% sekaligus merupakan kadar pertumbuhan suku tahun paling lemah sejak lebih 10 tahun dahulu.

Situasi ini berlaku akibat daripada pengeluaran kelapa sawit, minyak mentah dan gas asli yang jauh lebih rendah, serta kejatuhan eksport akibat perang perdagangan Amerika Syarikat-China.

Pada ketika ini nilai ringgit merosot kepada RM13 bagi setiap 100 baht. Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia adalah disebabkan oleh nilai matawang dolar Amerika Syarikat yang mengukuh. Mata wang dolar AS digunakan sebagai pengukur matawang negara lain ataupun mengukur harga komoditi seperti harga emas dan harga minyak.

Penularan wabak koronavirus juga menjejaskan sentimen pelaburan

Penularan Covid-19 pada ketika ini dijangka memberi kesan kepada pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku pertama 2020. Namun, jika ekonomi sudah begitu perlahan sebelum wabak Coronavirus COVID-19 melanda, maka ianya juga dijangka perlahan tahun ini.

Namun, pelbagai risiko yang boleh menyebabkan pertumbuhan menjadi lebih perlahan. Ini termasuklah ketidakpastian mengenai keadaan luaran akibat penularan koronavirus, pelbagai rundingan perdagangan dan risiko geopolitik, dan faktor-faktor dalam negeri, termasuk kelemahan dalam sektor komoditi dan kelewatan pelaksanaan projek.

Walau bagaimanapun, nilai mata wang yang rendah juga memberikan kebaikan kepada negara Malaysia. Nilai mata wang yang rendah boleh membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya.

Nilai mata wang yang rendah boleh membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport

Selain itu nilai matawang yang rendah akan menambah tarikan pelancong datang ke Malaysia untuk melancong dan berbelanja kerana memperoleh wang pertukaran Ringgit Malaysia yang lebih banyak.

Situasi ekonomi negara pada ketika ini memerlukan para pemimpin bersikap positif dan mencari pendekatan yang lebih realistik agar dapat membantu memulihkan ekonomi negara. Pengukuhan nilai ringgit ini bakal menjadikan ekonomi negara kembali ke dalam radar pelabur-pelabur asing untuk menambah pelaburan di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here