Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar elaun pelatih praktikal yang menjalani latihan praktikal di kementerian, agensi atau jabatan kerajaan. Berita ini sudah pasti menjadi berita baik buat semua anak muda yang bakal menjalani latihan praktikal.

Usaha Syed Saddiq dalam memperjuangkan Youth Power semakin terbukti apabila kerajaan akan menaikkan kadar elaun pelatih praktikal daripada RM1.60 sejam kepada RM 5 sejam. Ini bermakna pelatih praktikal akan mendapat bayaran sebanyak RM900 sebulan berbanding sebelum ini RM300 sebulan.

Sementara itu, sebelum ini kita sering melihat luahan pelatih-pelatih praktikal di media sosial mengenai kekecewaan mereka mengenai senario pembayaran elaun praktikal. Sehubungan itu, berita ini akan menggembirakan bakal pelatih kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu mereka meringankan beban perbelanjaan.

Selain itu, pembayaran elaun juga merupakan salah satu motivasi terbaik buat mereka supaya sentiasa memberikan komitmen ketika menjalankan latihan praktikal. Melalui latihan pratikal juga, kita dapat melahirkan tenaga kerja mahir sekaligus merealisasikan usaha kerajaan dalam memastikan produktiviti negara sentiasa berada di tahap yang terbaik dalam pelbagai aspek dan bidang.

Syed saddiq serius dalam memperjuangkan hak anak muda

Di samping itu, kenaikan kadar elaun ini juga menunjukkan bahawa pelatih praktikal bukan lagi sekadar ‘budak kopi’ kerana pihak majikan perlu memberikan mereka tugas yang lebih bersesuaian. Hal ini kerana sekiranya mereka diberikan tugas yang bersesuaian dengan skop kerja, secara tidak langsung ia akan meningkatkan kemahiran mereka.

Rata-rata netizen juga menerima baik akan usaha ini kerana mereka berpendapat bahawa sudah tiba masanya kebajikan dan keluhan pelatih praktikal mendapat pembelaan sewajarnya. Walaupun bayaran yang diterima tidaklah setinggi pekerja biasa namun ia tetap memberi banyak manfaat kepda mereka. Selain itu, berita kenaikan kadar elaun praktikal ini juga turut mendapat maklum balas positif dari anak muda kerana ia dapat membantu mereka meringankan tanggungan perbelanjaan ibu bapa mereka.

Kadar elaun praktikal dinaikkan melegakan anak muda

Sehubungan itu, usaha kerajaan dalam menaikkan kadar elaun praktikal ini membuktikan bahawa kerajaan mengambil berat mengenai isu anak muda. Kenaikan kadar elaun praktikal ini juga dilihat sebagai satu usaha dan langkah terbaik bagi memastikan anak muda kita memahami bahawa peranan mereka kepada negara sama seperti golongan dewasa.

Oleh itu, keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar elaun praktikal agensi kerajaan adalah sesuatu yang wajar dilakukan. Situasi ini juga menunjukkan bahawa prinsip YB Syed Saddiq untuk memperjuangkan hak anak muda bukanlah omong kosong seperti yang diperkatakan. Usaha ini sudah pasti akan dilihat sebagai permulaan yang baik bagi memastikan peranan anak muda dalam pembangunan negara pada masa depan akan memberikan impak yang positif di masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here