Baru sahaja menginjak ke tahun 2020, masyarakat dunia digemparkan dengan penularan penyakit berjangkit 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV). Wabak koronavirus bukan lagi satu epidemik berbahaya namun boleh dikatakan telah menjadi satu pandemik apabila penularan wabak ini telah melangkaui sempadan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengumumkan koronavirus telah mengakibatkan kematian seramai 212 orang di China sekaligus mengumumkan situasi ini sebagai darurat antarabangsa apabila ia telah merebak sehingga ke 18 buah negara.

Penularan wabak koronavirus memberikan impak kepada ekonomi global

Penularan wabak ini jelas memberikan impak kepada ekonomi global memandangkan kedudukan China sebagai sebuah negara yang memainkan peranan besar dalam ekonomi dunia. Harga saham di seluruh dunia jatuh selari dengan peningkatan jumlah kematian akibat koronavirus dan syarikat-syarikat penerbangan pula terpaksa menggantung penerbangan mereka manakala kedai-kedai pula terpaksa ditutup akibat wabak tersebut.

Penularan wabak seperti koronavirus ini telah memberi pelbagai implikasi sosial, ekonomi dan politik pelbagai negara. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjejaskan kesejahteraan hidup manusia dan pembangunan negara-negara yang terbabit, terutamanya dari segi pembangunan sumber manusia.

Memandangkan pelbagai jenis penyakit yang semakin meningkat dan sentiasa berubah dengan ketara saban masa, kerajaan dan WHO perlu melaksanakan strategi komunikasi yang komprehensif dengan cara menyampaikan maklumat secara kerap kepada masyarakat berhubung evolusi wabak, langkah perlindungan dan pencegahan serta tindakan sudah diambil bagi membendung penyakit. Malah, kerajaan dan WHO perlu menggalakkan masyarakat di seluruh dunia untuk mengambil vaksin agar dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit.

Pengambilan vaksin penting untuk merangsang sistem pertahanan badan bagi melawan bakteria atau virus

Menjadi suatu kepentingan, dan merupakan suatu tindakan yang efektif untuk mengambil langkah pencegahan sebelum sebarang penyakit menular dalam kehidupan kita. Mencegah lebih baik daripada mengubati dan oleh itu, apa yang lebih penting adalah kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup yang sihat serta makan makanan daripada sumber yang baik agar ia tidak memudaratkan kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here