Tahukah anda bahawa Uyghur merupakan etnik beragama Islam yang terbesar di negara China. Selain itu, pada asalnya Uyghur juga memiliki negara yang berdaulat dan dikenali sebagai Turkistan Timur.

Namun, pada tahun 1876 Dinasti Qing (China) mula menjajah negara Turkistan Timur dan 8 tahun kemudian kawasan Turkistan Timur ditukar nama kepada Xinjiang (wilayah baru).

Umat Islam di Palestine adalah antara yang dizalimi

Sehubungan itu, mengikut sejarah diskriminasi etnik Uyghur adalah berpunca daripada keengganan etnik ini berbahasa Mandarin sementara yang lain berkempen untuk merdeka. China menganggap sebarang rasa tidak puas hati atau kritikan terhadap Parti Komunis Cina adalah satu ancaman.

Isu penindasan etnik Uyghur di China sudah berlaku berabad yang lalu namun sering dinafikan oleh kerajaan China. Kini, kerajaan China juga mengatakan bahawa tindakan penahanan keras yang tersebar adalah satu keperluan bagi mencegah dan menghapuskan ‘keganasan’ dan ‘ekstremisme’ Islam.

Hakikatnya, etnik Uyghur terus diseksa di mana bentuk penindasan yang ditonjolkan juga cenderung untuk menghapuskan identiti Islam dikalangan etnik Uyghur. Antara penindasan yang diterima mereka adalah larangan berpuasa pada bulan Ramadhan, wanita dilarang berhijab, penderaan seksual dan lain-lain.

Etnik Uyghur perlukan suara kita untuk terus berjuang

Tiada negara yang boleh bertolak ansur dengan penindasan dan kekejaman seperti ini termasuklah Malaysia dan negara Islam yang lain. Walaupun China banyak memberi manfaat kepada ekonomi negara, Malaysia masih kekal dengan pendirian bahawa situasi ini ternyata salah dan mencabul hak asasi kemanusiaan.

Oleh itu, penganjuran Kuala Lumpur Summit 2019 yang sedang berlangsung adalah salah satu tindakan yang wajar bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan serta mengatasi penindasan orang Islam.

Ironinya, apa yang berlaku terhadap etnik Uyghur seharusnya menjadi pedoman dan pengajaran kepada rakyat Malaysia. Selain itu, perpecahan yang berlaku di antara China dan etnik Uyghur juga perlu difahami serta menyedarkan kita bahawa pentingnya sikap saling bertolak ansur dan saling menghormati dalam menerima perbezaan setiap kelompok bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here