Fasih digital ialah keupayaan menggunakan teknologi dan mengetahui sama ada kita boleh atau tidak boleh menggunakannya serta cara menggunakannya dengan sewajarnya. Ini kerana dunia digital dan kepentingan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) telah mempengaruhi gaya hidup serta aktiviti harian mereka.   Sebagai contoh   perkhidmatan  e-hailing seperti Grab yang menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar memudahkan pergerakan pengguna selain teknologi Robotik Automasi pula berkeupayaan untuk beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh manusia.

E-hailing seperti Grab menggunakan telefon pintar

Terdapat beberapa kelebihan fasih digital antaranya memudahkan pencarian maklumat dengan cepat dan pantas hanya dengan penggunaan di hujung jari tanpa perlu bersusah payah untuk mencari maklumat. Kebolehcapaian dalam mendapatkan maklumat dengan cepat menunjukkan keberkesanan dalam capaian data dan maklumat dengan lebih mudah dalam mengakses apa sahaja maklumat yang dikehendaki.

Penyampaian maklumat melalui digital juga dapat disampaikan terus kepada penerima. Malah kepantasan digital membolehkan sesuatu keputusan dapat dibuat dengan pantas selain penyebaran maklumat dapat disalurkan dengan lebih cepat bagi memenuhi tuntutan pengguna.

Perkembangan digital secara langsung atau tidak mampu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat dan tepat. Sebagai contoh, e-mel, sesuatu berita atau maklumat dapat dihantar dengan cepat tanpa batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa digital, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa selain produk kita dilabel sebagai ketinggalan zaman.

Penyalahgunaan digital dengan menyebarkan berita palsu koronavirus

Walau bagaimanapun, penyalahgunaan digital mampu menggugat keamanan negara. Maka tidak hairanlah apabila terdapat segelintir pihak yang menggunakan digital ini untuk menyampaikan khabar yang tidak berasas dan berbaur fitnah. Khabar angin ini pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan selain membawa kemudaratan kepada rakyat dan negara. Sebagai contoh, penyebaran berita palsu mengenai koronavirus mampu menggangu gugat kestabilan negara dan ketenteraman awam.

Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan digital ini walaupun ianya memudahkan urusan harian manusia. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai seiring dengan perkembangan revolusi digital yang pesat membangun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here