Gerakan Freemason secara teorinya merupakan satu pertubuhan persaudaraan yang bersifat aman dan amal serta tidak berlandaskan keagamaan, etnik atau politik yang diwujudkan secara rasmi pada 24 Jun 1717. Manakala mengikut “Ensiklopedia Erti Dan Istilah Yahudi”, perkataan Freemason diambil daripada perkataan Inggeris yang memberi maksud “jurubina bebas” (free and mason). Namun, hakikat sebenarnya Freemason merupakan sebuah organisasi Yahudi Antarabangsa yang bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia, merosakkan kehidupan politik dan sosial di negara-negara yang dimasukinya.

Gerakan yang dianggarkan mempunyai lebih dari satu juta ahli di seluruh dunia ini dikatakan mula bertapak di Malaysia pada 20 Oktober 1916. Lebih menarik lagi, Pertubuhan ini telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Hal ini kerana menurut kenyataan Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn berkata berdasarkan kajian terperinci oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis Hal Ehwal Islam Negara bahawa tidak ada bukti untuk membuktikan apa-apa hubungan antara Freemasonry dan Zionisme dan kerajaan pada ketika itu tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan tersebut walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam.

Kuil Freemason di Bukit Jalil dikatakan kuil yang Freemason yang terbesar di Asia Tenggara

Walau bagaimanapun, penubuhan gerakan ini mendapat tentangan dan kritikan hebat dari sebahagian besar masyarakat Malaysia. Mereka beranggapan bahawa penubuhan gerakan ini akan menggugat kestabilan negara dan kedudukan Agama Rasmi Persekutuan. Hal ini kerana berdasarkan beberapa teori yang tular mengenai gerakan ini dikatakan mempunyai hubungkait dengan upacara penyembahan syaitan dan dikaitkan dengan teori konspirasi dajjal. Bagi mereka, sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya tidak harus tunduk dengan gerakan yang samar dan tidak diketahui hala tujunya.

Secara dasarnya, gerakan Freemason ini menjadikan pusat kebajikan sebagai jalan utama mereka untuk melakukan gerak kerja. Mereka akan berselindung di sebalik nama pusat kebajikan Lions Club dan Rotary Club untuk memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan khususnya umat Islam. Akhirnya si penerima bantuan dipaksa untuk bersumpah dan taat setia kepada gerakan tersebut. Gerakan “senyap” inilah yang menjerat kebanyakan rakyat akibat daripada termakan budi terhadap bantuan yang diberi.

Lions Club & Rotary Club merupakan sebuah badan kebajikan milik Gerakan Freemason yang melancarkan gerak kerja bantuan kemanusiaan di samping mengumpulkan pengikutnya

Selain itu, gerakan ini juga menjadikan ahli-ahli politik dan golongan-golongan elit sebagai sasaran mereka untuk dijadikan sebagai ahli pertubuhan tersebut. Melalui cara penajaan terhadap kempen pilihanraya, ahli-ahli politik akan menerima dana memulakan kempen mereka sambil gerakan tersebut memulakan gerak kerja mengumpul pengikut mereka melalui ahli-ahli parti politik tersebut. Antara individu yang dikaitkan dengan gerakan ini adalah Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang dikatakan menjadi Ahli Korporat Freemason Malaysia.

Dalam hal ini, kerajaan sepatutnya bertindak untuk mengharamkan secara total gerakan Freemason dan membubarkan keahliannya. Hal ini kerana tidak ada tempat pertubuhan rahsia seperti ini di Malaysia malah kehadirannya boleh memberikan impak yang besar terhadap keharmonian negara. Kerajaan juga disarankan untuk menggubal satu akta baharu bagi pertubuhan-pertubuhan di Malaysia ini agar tidak wujud pertubuhan yang sama seperti Freemason yang akan menimbulkan kekacauan di dalam negara pada hari akan datang.

Ironinya, gerakan Freemason ini sememangnya mengundang bahaya kepada negara. Hal ini kerana ia akan menggugat kestabilan negara melalui cara ‘dakyahnya’ yang dikatakan lebih bersifat ganas dan tidak berperikemanusiaan. Ini secara tidak langsung akan menimbulkan kekacauan seterusnya memberi tekanan kepada pemimpin negara untuk menanganinya. Bukan itu sahaja, gerakan ini juga akan menyebabkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi juga turut terjejas kerana mereka akan menggunakan seribu satu macam cara untuk menyingkirkan agama rasmi negara ini dan seterusnya menggalakkan masyarakat Malaysia berfikir secara atheis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here