Kehadiran pendatang dari benua Afrika atau geng awang hitam di beberapa kawasan tumpuan warga kota telah mencetuskan kebimbangan rakyat negara ini. Gelagat mereka yang kasar dan liar telah menimbulkan rasa tidak selesa warga tempatan. Maka tidak hairanlah jika kehadiran mereka di Malaysia semakin tidak disenangi oleh warga tempatan.

Kemakmuran, pembangunan dan keramahan rakyat Malaysia adalah antara daya penarik kepada warga Afrika untuk datang ke Malaysia. Oleh itu, kehadiran warga Afrika ke Malaysia semakin meningkat khususnya bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti-universiti di Malaysia.

Namun, apa yang membimbangkan adalah sejauh mana kehadiran mereka benar-benar hanya sekadar untuk melanjutkan pelajaran, bekerja dan melancong di Malaysia. Hal ini kerana situasi yang berlaku adalah sebaliknya di mana terdapat banyak kes jenayah berat telah melibatkan geng awang hitam. Ini membuktikan bahawa kemungkinan mereka datang ke Malaysia dengan agenda yang tersembunyi adalah tinggi.

Semakin ramai rakyat malaysia menjadi mangsa jenayah awang hitam

Perlu kita akui bahawa kebanjiran geng awang hitam yang berlaku kini telah banyak mencetuskan situasi negatif di kalangan masyarakat kita. Tanpa disedari sebenarnya terdapat banyak masalah gejala sosial dibawa oleh warganegara ini ke Malaysia. Kegiatan tidak bermoral yang dijalankan oleh mereka boleh dikatakan sudah menjadi ‘virus’ yang paling berbahaya dan antaranya adalah meminum arak secara terbuka, pergaduhan, pecah rumah, menyediakan perkhidmatan pelacuran di rumah, kegiatan penjualan dadah dan lain-lain.

Oleh itu, melihat kepada situasi yang semakin kritikal ini, pihak berwajib perlu mengambil langkah drastik dalam mengawal kemasukan warga Afrika ke Malaysia. Pemantauan yang lebih kerap perlu dilakukan terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan awang hitam supaya mereka tidak senang duduk sekiranya berniat untuk menjalankan aktiviti melanggar undang-undang.

Kebanjiran geng awang hitam banyak menimbulkan masalah gejala sosial

Sementara itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga perlu lebih peka terhadap kebanjiran geng awang hitam di kawasan-kawasan perumahan. Jumlah mereka di kawasan-kawasan tertentu hampir sama dengan jumlah warga tempatan telah membuktikan bahawa terdapat pihak yang mengambil kesempatan dalam membuat perniagaan sewa rumah. Oleh itu, perkara ini perlu dikaji dengan teliti supaya pengawalan kebanjiran warga Afrika dapat diatasi khususnya dikawasan perumahan.

Selain itu, kerjasama diantara Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen serta kolaborasi bersama pihak PDRM juga sangat penting dalam memastikan setiap langkah untuk mengawal kebanjiran warga Afrika dapat dilakukan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama ini sangat penting kerana ‘pembersihan’ geng awang hitam memerlukan kepakaran bidang kerja yang berlainan.

Justeru itu, adalah wajar sekiranya kerajaan tampil dengan pelan perancangan yang lebih teliti dalam menangani permasalahan ini. Perkara ini sangat penting untuk diatasi kerana kebimbangan rakyat terhadap kebanjiran awang hitam telah menyebabkan rakyat negara ini tidak lagi merasa selamat berada di negara sendiri. Sudah terlalu banyak jenayah yang dilakukan mereka sehingga mengancam nyawa warga tempatan. Mungkin inilah masanya untuk kerajaan mengambil langkah yang lebih drastik dalam memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjamin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here