Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah bertegas untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung bermula 29 Julai hingga 4 Ogos depan. Menurut beliau lagi sekiranya skuad Israel itu tetap berdegil mahu menyertai kejohanan berkenaan maka ia adalah satu kesalahan.

Ternyata ramai pihak yang menyokong keputusan tersebut kerana sebagai sebuah negara Islam kita seharusnya tidak membuat sebarang rundingan dengan mereka. Kerajaan juga telah menetapkan pendirian bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan Negara Israel dari segala aspek baik ekonomi atau apa sahaja yang akan berhubungan dengan negara mereka.

Jalau Gemilang yang dikibarkan di Gaza sebagai tanda terima kasih kepada Malaysia

Walau bagaimanapun, keputusan ini juga telah mendapat reaksi yang negatif dari negara luar khususnya dari negara Israel sendiri. Menteri Luar Negara Israel mengatakan tindakan Malaysia untuk menghalang penyertaan atlet Israel tersebut adalah sangat memalukan dan tidak mempunyai semangat kesukanan. Tidak ketinggalan juga salah seorang daripada Australian Labor Party yang telah menyelar keputusan Tun Dr Mahathir dengan mangatakan beliau dengan gelaran “Melayu Bodoh”.

Bekas perenang Olimpik, Bart Kizierowski juga telah menolak tawaran Malaysia untuk melatih pasukan renang kebangsaannya berikutan keputusan negara melarang atlet Israel daripada mengambil bahagian dalam Kejohanan Renang Dunia Para Dunia 2019. Berhubung dengan isu ini Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq juga berkata bahawa perkara itu bukan masalah besar kerana beliau sendiri telah mempunyai calon yang terbaik untuk menggantikan Bart Kizierowski.

Persoalannya kini adalah, adakah pembangunan sukan di Malaysia akan terjejas serta menerima kesan yang kurang baik berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan ini?  Pihak Kementerian Belia dan Sukan percaya bahawa isu ini tidak akan sesekali menghalang serta mengubah apa-apa perancangan yang telah dibuat bagi meneruskan rancangan pembangunan sukan di negara ini.

Baru-baru ini juga program bual bicara BBC telah menemu ramah Syed Saddiq dan bertanya kepada beliau mengapa Malaysia menafikan peluang untuk atlet Israel membuktikan diri mereka bersaing dengan beberapa perenang terbaik dunia apabila membuat keputusan sedemikian. Jika menganjurkan acara antarabangsa adalah lebih penting daripada menjaga kepentingan rakyat Palestin yang menjadi saudara kita, ini bermakna kita telah kehilangan kedudukan moral kita. Malaysia akan terus bersuara menentang pencabulan hak asasi manusia dan keganasan terhadap rakyat Palestin walaupun ia mungkin menghadapi akibatnya pada masa depan.

Kekejaman tentera israel terhadap rakyat di Palestin

Justeru itu, keberanian Malaysia untuk mengharamkan Negara Israel untuk menyertai kejohanan itu juga telah menjadi berita gembira buat rakyat Palestin seolah-olah mereka telah menang di dalam sebuah peperangan. Sudah pasti rakyat Malaysia juga berbangga dengan keputusan ini oleh kerana negara Israel sememangnya menjadi negara yang paling dibenci oleh seluruh rakyat di negara ini serta seluruh negara Islam di dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here