Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) memutuskan untuk menggugurkan 38 program akademik di 19 universiti awam setelah mengambil kira beberapa faktor terutamanya kebolehpasaran graduan.

Tindakan JPT menggugurkan program akademik yang kebanyakannya terdiri daripada program sains dan kejuruteraan di peringkat sarjana muda serta sarjana kerana dilihat tidak lagi relevan dengan keperluan semasa industri. Malah program tersebut dilihat tidak menjanjikan peluang pekerjaan terbaik kepada graduan.

Pengguguran program akademik di universiti menimbulkan kebimbangan para pelajar dan pensyarah

Sudah pastinya pengumuman ini menimbulkan kebimbangan kepada pelajar dan graduan dalam bidang pengajian tersebut. Pastinya para pelajar mula rasa tertekan dan terlintas untuk tidak meneruskan pengajian kerana masa depan yang kabur selain membuang masa dan duit. Tidak hairan juga jika selepas ini ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk berhenti belajar.

Namun, JPT dan KPM melakukan penstrukturan semula ini agar selaras dan relevan dengan keperluan semasa demi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Program akademik tidak lagi memberi tumpuan terhadap teori semata-mata sebaliknya lebih tertumpu kepada kemahiran dan keupayaan graduan.

Kursus yang tidak relevan dengan pasaran kerja menyebabkan ramai graduan mengganggur

Namun, keputusan yang dibuat oleh JPT dan KPM ini perlu mempunyai inisiatif lain terutamanya untuk membantu para pelajar yang sedang mengikuti pengajian tersebut. Jika tiada sebarang inisiatif yang padu dibuat bagi membantu para pelajar jurusan terbabit, ianya akan dilihat seperti tidak adil bagi mereka yang telah menghabiskan masa dan duit untuk pengajian mereka.

Dari sudut positif, tindakan JPT dan KPM ini relevan untuk mengelakkan pelajar memohon kursus yang tidak relevan dengan pasaran kerja yang akhirnya menyumbang kepada ketidakbolehpasaran kerja atau penggangguran. Jika usaha ini mampu menaikkan taraf pendidikan di negara ini, seharusnya usaha ini perlu disokong dan diharapkan inisiatif ini mampu melahirkan lebih ramai graduan yang memenuhi kehendak pasaran kerja sekaligus dapat mengatasi masalah pengangguran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here