Inap desa atau lebih popular disebut homestay di negara ini sebenarnya telah lama berkembang. Program inap desa atau homestay ini berjaya mewujudkan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan tetap dalam bidang pelancongan kepada penduduk di luar bandar sejak ia mula dilaksanakan di negara ini pada tahun 2013. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, program inap desa turut berjaya menjana pendapatan sebanyak RM30 juta sepanjang tahun lalu, sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar. Terdapat 208 kluster inap desa di seluruh negara membabitkan seramai 4,005 pengusaha dengan sebanyak 5,620 bilik. Industri inap desa ini juga membantu meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan berasaskan komuniti. Program ini berjaya menarik minat pelancong asing kerana berpeluang mengalami suasana kehidupan di kampung selain didedahkan dengan makanan serta budaya masyarakat setempat.

Industri inap desa bukan sahaja mendapat sambutan yang menggalakkan, malah berjaya melonjakkan jumlah kehadiran pengunjung. Kewujudan inap desa di kawasan kampung juga memberi pulangan pendapatan dan melahirkan peluang pekerjaan tetap dalam bidang pelancongan sekaligus mengurangkan penghijrahan golongan muda ke bandar. Perkembangan baik industri inap desa dalam negara diharap dapat membantu menjayakan sasaran kedatangan pelancong pada tahun ini iaitu 28.1 juta orang dengan menjana pendapatan RM92.2 bilion.

Inap Desa memberikan pekerjaan tetap dan menjana pendapatan masyarakat luar bandar

Di antara kepentingan industri inap desa ialah mampu membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila inap desa ditubuhkan dengan giat, maka keuntungan yang diperolehi daripada industri ini akan menyumbang kepada pendapatan negara. Hal ini akan membantu negara memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda serta dapat memajukan negara.

Seterusnya, potensi inap desa mampu mewujudkan peluang pekerjaan. Apabila industri inap desa dibina di kawasan luar bandar maka terdapat banyak ruang pekerjaan yang tersedia. Hal ini akan membantu penduduk setempat untuk bekerja di inap desa. Contohnya, bekerja sebagai tukang cuci, pekebun, pengawal keselamatan dan sebagainya. Industri inap desa ini walaupun tidak membuka peluang pekerjaan yang banyak namun ianya mampu membantu golongan penganggur bagi mencari sumber rezeki.

Lima kluster inap desa di negara ini berjaya menjana pendapatan tinggi berdasarkan penilaian prestasi semasa, tahun lalu.

Justeru itu, masyarakat luar bandar digalakkan menceburi industri inap desa bagi memenuhi keperluan dan peningkatan permintaan jumlah pelancong ke negara ini. Ia bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara ini tetapi turut menjana pendapatan tambahan kepada masyarakat di luar bandar yang mengusahakannya. Rebutlah peluang ini kerana negara Malaysia bukan sahaja kaya dengan khazanah alam semulajadi tetapi juga unik dari segi kepelbagaian kaum serta budaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here