Seluruh dunia Islam menghormati Malaysia kerana mempunyai pengurusan haji dan umrah yang amat sistematik. Imej Malaysia sebagai negara yang disegani dari sudut pengurusan haji dan umrah seharusnya dipelihara oleh rakyat Malaysia. Namun, tindakan ahli perniagaan kontroversi, Nur Sajat yang mengenakan telekung semasa menunaikan umrah mengundang kemarahan netizen dan pelbagai pihak.

Ini kerana secara fitrahnya dan dalam kad pengenalan, Sajat adalah seorang lelaki namun Sajat mengenakan telekung malah memakai pakaian wanita di tanah suci Mekah. Apa yang menjadikan ia kecaman apabila Sajat memuat naik gambarnya di Instagram seolah-olah apa yang dilakukannya tidak salah disisi agama.

Sajat dikatakan menukar pakaian wanita ketika menunaikan umrah di Mekah

Wajib bagi seorang transgender menunaikan umrah dengan jantina asalnya sebagaimana termaktub dalam al-Quran dan hadis untuk beribadah. Walaupun umrah sah jika mematuhi rukun umrah, namun perbuatan menukar jantina tetap haram di sisi agama dan dikira berdosa.

Tambahan lagi, apabila Sajat bertelekung sudah pastinya setiap pergerakan dan tempat solat dilakukan bersama wanita sekaligus menimbulkan ketidakselesaan kepada para jemaah wanita. Tindakan Sajat ini merupakan satu perbuatan menceroboh kawasan ibadah yang telah dikhaskan untuk wanita.

Seharusnya sebagai jemaah dari Malaysia, Sajat perlu menghormati undang-undang yang ditetapkan Arab Saudi kerana kerajaan mereka tegas dalam soal hukum hakam. Tindakan Sajat ini bukan sahaja mencemarkan imej Islam dan Malaysia malah boleh menyebabkan hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi terjejas.

Budaya songsang LGBT perlu dihalang bukan diberi ruang

Dalam urusan ibadah, setiap individu wajib mengikut hukum syarak, bukan mengikut hati dan perasaan. Agensi pengelola umrah Sajat juga harusnya bertanggungjawab kerana seharusnya mereka membimbing jemaah supaya mereka mengikut hukum syarak dan undang-undang setempat.

Isu Sajat ini seharusnya membuka mata pihak yang bertanggungjawab bahawa budaya songsang LGBT ini adalah wabak yang perlu dihalang dan bukan diberi ruang. Tindakan Sajat ini telah menjejaskan imej negara yang selama ini sentiasa dipuji sebagai jemaah yang berdisiplin. Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi kerana ia telah merosakkan reputasi negara malah mencemarkan imej umat Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here