Malaysia dibina melalui air mata. Mahu tidaknya, keamanan negara yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil pengorbanan, jerih perih dan wang ringgit yang didermakan oleh sebilangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

Samsiah Fakeh, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T Sambanthan adalah antara pejuang-pejuang kemerdekaan yang mewakili bangsa-bangsa utama di Malaysia. Pada ketika itu, tiada petualang negara yang mempunyai kepentingan peribadi. Masing-masing mempunyai matlamat yang sama, iaitu membantu Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan negara agar generasi akan datang dapat mengecapi keamanan.

Tun V.T Sambanthan

Pada ketika itu perpaduan negara cukup kukuh sehinggalah peristiwa 13 Mei 1969, yang menjadi punca kepada terpisahnya Singapura dan Malaysia. Perpaduan negara tergugat akibat daripada provokasi perkauman. Tidak sukar sebenarnya untuk menjadikan tiga bangsa bersatu hati jika masing-masing tahu menghormati hak bangsa lain tanpa ada sesiapa pun yang menjadi ‘api dalam sekam’.

Bulan Ogos sinonim sebagai bulan kemerdekaan yang sering dikaitkan dengan perpaduan. Namun pada bulan keramat tahun ini Malaysia dihimpit dengan polemik mengenai perpaduan negara yang provokasinya dicetuskan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak tahu erti bersyukur.

Isu berkenaan penghinaan Jalur Gemilang dan anggota tentera, Dong Zong, Melayu dikatakan sebagai pendatang adalah antara kenyataan yang mampu menggugat perpaduan negara. Mahu tidaknya isu ini sangat sensitif untuk dibicarakan.

Isu Dong Zong yang mencetuskan provokasi)

Akibat daripada provokasi perkauman itu, rakyat Malaysia mula bertelagah. Media sosial mula menjadi medium peperangan tanpa peluru. Tidak seronok sebenarnya apabila ada sahaja isu yang dikaitkan dengan perkauman, seperti kes Syed Danial yang dilanggar oleh seorang pemilik kereta berbangsa Cina. Sedangkan itu adalah etika individu bukannya sikap yang mewakili kaum.

Kita tidak mahu ada peristiwa 13 Mei untuk kali kedua. Perpaduan yang kucar kacir akan melumpuhkan geoekonomi dan geopolitik negara. Kita tidak mahu ada pihak yang bercita-cita menjadikan Malaysia sebagai negara republik, sedangkan kekuatan Malaysia adalah pada sistem negara Raja Berperlembagaan.

Sukar untuk menjelaskan mengapa tiada tindakan kepada pencetus-pencetus provokasi ini, sedangkan mereka telah melakukan ‘jenayah berat’.  Hanya sekadar permohonan maaf, maka jutawan-jutawan yang telah mengeluarkan kenyataan sensitif ini telah dianggap tidak bersalah.

Mungkin sudah sampai masanya untuk kerajaan bertindak tegas terhadap isu ini. Kita tidak mahu ada lagi pihak yang ‘tak sengaja’ mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman. Ia seperti bermain dengan api, ‘ kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here