Cabaran pandemik Covid – 19 belum berkesudahan. Rakyat terpaksa mencatur kehidupan masing – masing demi memastikan kesinambungan hidup berjalan dengan baik. Kerajaan yang ada pada hari ini sebenarnya mengambil berat terhadap kebajikan seluruh rakyat walaupun kerajaan ini mungkin bukan kerajaan pilihan rakyat. kerajaan ini sedang bertungkus lumus melakukan segala – gala yang terbaik untuk menghadapi ancaman Covid -19, yang merupakan satu cabaran yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara.

Namun malangnya, di saat rakyat dalam keresahan dan penularan wabak Covid – 19 yang mengancam nyawa, terdapat beberapa pemimpin yang kemaruk kuasa dan cuba menggugat kestabilan negara ini. Pemimpin yang gila kuasa ini terus tergamak melakukan apa saja demi memastikan survival perjalanan politik mereka.

Beberapa pemimpin politik hari ini dilihat hanya kemaruk berebut kuasa. Masing -masing ghairah dan bercita – cita kepada habuan serta imbuhan yang akan diperoleh. Pemimpin yang gila kuasa ini lebih kerap mengutarakan perihal kemenangan mereka, kekuasaan, pengaruh, kekuatan dan kesatuan sehingga seperti lenyap segala omongan yang dahulunya dilaungkan hanya untuk memastikan rakyat hidup dengan penuh keharmonian dan kesejahteraan. Nampaknya pemimpin lebih gemar berpolemik antara satu sama lain pada saat rakyat mengharapkan wabak Covid – 19 segera berlalu.

Sejarah membuktikan Baginda SAW tidak pernah melayan permintaan sahabat terhadap sesuatu jawatan. Justeru, sebaik – baik pemimpin adalah mereka yang diminta untuk menguruskan urusan masyarakat bukannya mereka yang menawarkan dirinya untuk menjadi pemimpin. Dalam sejarah Islam, pernah dua orang lelaki bertemu Rasulullah SAW lalu meminta daripada baginda supaya diberikan kuasa sebagai pemimpin.

Rasulullah SAW menegur mereka dengan berkata:

“Kami tidak memberikan urusan kepimpinan ini kepada siapa yang memintanya, kami juga tidak berikan kepimpinan buat mereka yang terlalu bersungguh mendapatkannya.” ( HR al -Bukhari )

Jelas bahawa mereka yang meminta jawatan tidak akan mendapat pertolongan manusia dan bantuan daripada Allah SWT kecuali mereka yang diminta untuk memimpin. Jaminan ini telah digambarkan oleh Baginda SAW.

Baginda SAW menasihati sahabatnya, Abd Rahman Samurah:

” Wahai Abd Rahman, jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau akan ditinggalkan dan tidak akan dibantu dan jika engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau akan dibantu dan mendapat pertolongan.” ( HR Bukhari dan Muslim ).

Mereka yang gila kuasa nanti pasti akan menyesal di akhirat kelak. Rasulullah SAW pernah menasihatkan kita bahawa kepimpinan adalah tanggungjawab yang besar. Setiap amanah kepimpinan akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Tanggungjawab ini boleh membawa seseorang pemimpin itu menyesal di akhirat nanti.

Rasulullah SAWbersabda:

“ Sesungguhnya akan ada di kalangan kamu yang bersungguh -sungguh gilakan kepimpinan sedangkan ia akan menjadi satu penyesalan di hari kiamat.” (HR al-Bukhari).

Dalam polemik politik sekarang, kita tengak apa yang dilakukan oleh pemimpin yang kemarut kuasa seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ). Atas kegilaan orang yang bernama DSAI untuk menjadi Perdana Menteri, sanggup negara di bakar hangus. Atas kemaruk seorang yang bernama DSAI inilah, habis masa depan dan nasib bangsa sendiri digadai. Ketamakan kuasa seorang yang bernama DSAI tidak mempedulikan apa yang akan berlaku berlaku kepada rakyat asalkan cita – cita dan impiannya tercapai.

Selama ini Malaysia adalah sebuah negara yang aman, makmur, stabil, kaya, sejahtera, adil, hidup bermuafakat, saling hormat menghormati, tolong menolong dan gembira hidup dalam sebuah negara yang amat dicemburui oleh dunia luar. Namun, disebabkan ketamakan untuk menjadi pemimpin no 1 negara, negara yang aman makmur ini hendak dihancurkan oleh DSAI supaya Malaysia musnah dimakan api kebencian kaum dan agama, rakyat berpecah belah, ekonomi dan sektor kewangan negara merundum, sistem jaringan keselamatan sosial ranap dan keamanan serta kedaulatan wilayah negara terancam dari dalam dan luar. Agaknya beliau mengharapkan hany ajika Malaysia hancur lebur mungkin barulah ada peluang beliau menjadi Perdana Menteri akhirnya.

Oleh itu, dalam Islam adalah sangat penting untuk memilih pemimpin yang jujur, amanah, tidak gila kuasa sehingga sekira jika terbukti seseorang terpalit dengan isu moral yang negatif, rakyat hendaklah menolak kepimpinannya. Dapat dirumuskan bahawa Baginda Nabi SAW sangat menekan aspek moral sebagai salah satu sifat utama seorang pemimpin dan ciri – ciri pemilihan dan kelayakan pemimpin. Ketahuilah, kesilapan dalam melantik pemimpin boleh membawa kepada kezaliman seperti salah gunakuasa dan huru-hara yang boleh dilakukan rakyat apabila tidak berpuashati dengan kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here