May be an image of 1 person and text that says 'EEPINCEI LIBE JANGANLAH MENJADI RAKYAT YANG INGKAR!!! PATUHILAH ARAHAN KERAJAAN TENTANG PELAKSANAAN PKP DAN SOP KERANA IA ADALAH SATU KEWAJIPAN Kerineh Seremban Kuala Lumpur BERHENTI PEMERIKSAAN POLIS'

Kita masih belum menang, tetapi kebanyakan pihak sudah pun ‘merayakan’ hal itu seolah-olah kita sudah menang. Akhirnya, kes Covid-19 kembali meningkat dengan kes jangkitan yang paling tinggi sebanyak 9,020 kes pada sabtu lepas. Inilah natijah yang kita perlu terima akibat tidak mematuhi arahan pelaksanaan PKP dan SOP yang diwartakan oleh kerajaan. Cuba tanya diri kita, adakah kita ini rakyat yang baik? Jangan bandingkan diri dengan golongan ‘kayangan’ yang merasakan diri mereka hebat. Kalau mereka bebal, adakah kita mahu ikut sekali menjadi bebal?

Ada yang mempersoalkan larangan itu dan ini hingga ke suatu tahap apa yang dinyatakan oleh golongan agamawan berkenaan arahan kerajaan dijadikan bahan ejekan, cacian dan makian, dan jangan terkejut sekiranya perkara itu datangnya daripada kebanyakan umat Islam sendiri yang mengaku kononnya al-Quran dan hadis adalah petunjuk mereka dan mereka telah melakukan kajian hingga terkeluarnya ‘teori konspirasi’ yang digembar-gemburkan. Benarkah? Atau ini direka hanya sebagai alasan untuk melepaskan diri daripada mematuhi arahan pemerintah? Jika benar menjadikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan, apakah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah SAW:

“Mendengar dan mentaati (pemerintah) adalah wajib bagi setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan.” (HR Muslim: 1839)

Persoalannya, adakah ini arahan kemaksiatan? Para agamawan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan dengan sewenang-wenangnya jika tiada kesepakatan, musyawarah atau penyelidikan daripada semua pihak termasuk kerajaan dan KKM. Ini bukanlah tentang kemashalatan kesihatan Malaysia sahaja, tetapi merangkumi keselamatan seluruh dunia. Adakah kita mahu mengingkari hadis di atas? Malah, Mantan Dekan Fakulti Asas Agama, Universiti al-Azhar di cawangan Assiut, Mesir, Dr. Mokhtar Marzouk Abdel-Rahim pernah menegaskan bahawa rakyat wajib mematuhi semua keputusan pemerintah dan melanggar undang-undang itu dianggap sebagai dosa dan patut dikenakan hukuman. Hal itu kerana mereka telah mendedahkan dirinya dan masyarakat kepada bahaya yang serius.

Ingatlah, kita masih belum menang. Jadilah rakyat yang prihatin dengan mematuhi arahan pihak kerajaan tentang pelaksanaan PKP dan SOP ini. Jangan kerana hal remeh, kita telah menyebarkan kemudaratan kepada orang lain. Sudahlah ingkar, orang lain pula yang disalahkan, adilkah begitu? Hidup ini bukan berpaksikan kita semata-mata, fikirkan juga nasib orang lain yang ingin bebas daripada pandemik ini.

Memang tiada hadis yang khusus untuk menunjukkan bagaimana tatacara SOP dan PKP ini dilaksanakan tetapi amalan PKP ini juga adalah sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW untuk mencegah wabak daripada merebak. Ia bukan amalan yang baru dan asing kerana banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang larangan untuk penduduk sesuatu kawasan daripada keluar ke kawasan lain sebagai langkah pencegahan daripada terjadinya penularan wabak ke kawasan yang lain pula.

Bukankah ini adalah PKP yang pernah dilaksanakan di zaman Rasulullah dan di zaman pemerintahan sahabat Rasulullah SAW? Bukankah pewartaan PKP tersebut adalah satu sunnah yang perlu dilaksanakan untuk mencegah wabak kerana mencegah lebih baik dari merawat? Perkara ini juga bertepatan dengan kaedah usul fiqih yang menyebut:

“Menolak mafsadah (keburukan) adalah lebih utama berbanding mendatangkan kebaikan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here