Bagi menangani isu lambakan rumah mewah yang tidak terjual di negara ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin tampil dengan cadangan menjual rumah mewah kepada pembeli China dan Hong Kong memandangkan harta tanah di negara tersebut jauh lebih mahal berbanding Malaysia.

Namun cadangan tersebut mendapat reaksi yang negatif daripada netizen mahupun Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA). Hal ini kerana, tindakan menjual rumah mewah kepada pembeli asing hanya akan menggalakkan pemaju untuk terus membina lebih banyak hartanah mewah sekaligus tidak memikirkan untuk membina rumah mampu milik.

Zuraida Kamarudin mencadangkan rumah mewah dijual kepada pembeli China dan Hong Kong

Tidak dapat dinafikan kerajaan bimbang dengan lambakan hartanah yang tidak terjual ini lalu mempertimbangkan untuk menjual hartanah kepada warga asing. Namun kerajaan juga perlu memikirkan nasib rakyat yang masih dalam lingkaran garis kemiskinan.

Tindakan menjual hartanah kepada warga asing hanya akan melonjakkan harga pasaran dan akhirnya menindas rakyat tempatan untuk membeli rumah. Seharusnya kerajaan memberi cadangan yang lebih membantu rakyat daripada memikirkan nasib pemaju dan hartanah yang tidak terjual.

Hartanah mewah yang tidak terjual ini sepatutnya dilihat sebagai hukuman terhadap pemaju yang rancak membina hartanah mewah sedangkan bukannya mereka tidak tahu bahawasanya rakyat sangat dahagakan rumah mampu milik. Tekanan pasaran ini seharusnya dijadikan signal bahawa pemaju perlu mengutamakan membina lebih banyak hartanah yang berpatutan dan mampu milik.

Memiliki rumah semakin sukar bagi rakyat Malaysia akibat harga yang semakin melambung tinggi

Kerajaan tidak sepatutnya melonggarkan polisi negara semata-mata untuk melariskan hartanah mewah dan seakan-akan membela nasib pemaju yang sengaja membina hartanah mewah untuk mendapatkan keuntungan yang tidak mengambil kira kepentingan rakyat marhaen.

Walaupun cadangan menjual hartanah mewah kepada warga asing ini mampu memberi kebaikan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan menyelesaikan isu lambakan hartanah mewah yang tidak terjual namun, apa yang lebih penting kerajaan seharusnya menggalakkan pemaju untuk menurunkan harga rumah terlebih dahulu agar dapat membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here