Kaedah pengeboman ikan semakin gemar digunakan oleh para nelayan di dalam negara kita ini. Teknik bom ikan ini merupakan satu cara untuk menangkap ikan dengan cepat dan kerana itu ia semakin banyak digunakan kerana mampu untuk meraih pendapatan yang lebih cepat.

Jika dahulu, aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah bom hanya dilakukan segelintir nelayan menggunakan bot kecil, namun sejak kebelakangan ini, kaedah mengebom ikan membabitkan sindiket terancang didalangi individu tertentu bagi mengaut keuntungan besar. Aktiviti pengeboman ikan ini kebiasaannya dilakukan di kawasan yang berhampiran dengan pelantar minyak sekaligus akan merosakkan saluran paip minyak.

Namun, kaedah menggunakan bom ini nyata memberi banyak kesan buruk kepada industri perikanan negara. Hal ini kerana penggunaan bom ikan ini secara tidak langsung akan merosakkan ekosistem di perairan negara, malah segala jenis terumbu karang menjadi tempat pembiakan dan pertumbuhan hidupan akuatik dan tarikan pelancong dalam dan luar negara akan musnah begitu saja.

sayangilah ekosistem marin negara kita

Insiden terbaru melibatkan kematian tiga warga China di Pulau Kalapuan, Semporna menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir nelayan yang telah melepaskan bom ikan berhampiran dengan kawasan mangsa melakukan aktiviti penyelaman. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Sabah berharap tindakan tegas dapat diambil pihak berkuasa dalam usaha menangani aktiviti pengeboman ikan di negeri itu.

contoh bom ikan yang digunakan

Oleh itu, sebagai langkah untuk membanteras aktiviti pengeboman ikan ini pihak kerajaan perlu memastikan tindakan tegas dikenakan terhadap individu mahupun kumpulan yang terlibat dalam hal ini. Dengan langkah ini, ia setidak-tidaknya mampu untuk memberikan sedikit peringatan serta amaran kepada mereka agar tidak meneruskan aktiviti ini lagi.

Justeru itu, diharapkan juga agar para nelayan yang masih lagi melakukan aktiviti pengeboman ikan tidak lagi meneruskan kegiatan ini. Sekiranya ada ternampak sesiapa sahaja yang melakukan aktiviti ini, segeralah membuat aduan kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya mereka akan dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here