Kewujudan media sosial pada hari ini telah menjadi platform penyebaran fitnah, mencetuskan provokasi dan tidak kurang juga menjadi platform menyebarkan budaya politik kebencian.

Suasana politik di Malaysia pada hari ini boleh dikatakan mempamerkan satu budaya politik perpecahan dan kebencian serta ia seolah-olah menjadi asas perjuangan parti politik pembangkang ataupun perjuangan pihak-pihak tertentu demi mencapai matlamat diri.

Budaya politik kebencian sering menjadi perjuangan parti politik pembangkang

Politik kebencian ini disemai dan ditonjolkan akibat daripada ketakutan yang tidak rasional yang sering diketengahkan oleh mereka yang berkepentingan politik tanpa mengira kesannya kepada keharmonian negara. Retorik politik kebencian yang disaluti provokasi perkauman terhadap ketakutan tidak rasional terus mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Sebagai contoh, kerajaan ingin melaksanakan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran di sekolah termasuk sekolah venakular telah dijadikan isu. Dengan menggunakan isu ini, berlakunya eksploitasi terhadap ketakutan yang tidak rasional oleh pelopor politik kebencian dengan menggunakan modal bahawa sedang berlaku proses Islamisasi dalam sistem pendidikan negara.

Pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran di sekolah dikatakan proses Islamisasi oleh pelopor politik kebencian

Budaya politik kebencian ini hanya akan menjejaskan hubungan kaum di negara ini kerana boleh mencetuskan ketegangan dan konflik sekaligus boleh menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana masyarakat hidup dalam ketakutan, keraguan, kecurigaan dan kebencian terhadap masyarakat agama lain kerana mempercayai bahawa hak, etnik, agama serta budaya mereka sedang terancam.

Seharusnya budaya politik kebencian ini perlu dihentikan kerana yang membangkitkan serta menyebarkan politik kebencian ini majoritinya kelompok ‘pejuang dan pendukung politik’. Golongan ini membangkitkan isu dan cuba mengheret rakyat untuk sama-sama berbalah dalam perebutan kuasa antara mereka. Golongan ini percaya bahawa dengan membangkitkan sentimen kaum dan agama sahaja dapat mengekalkan atau mengembalikan kuasa.

Justeru itu, rakyat Malaysia juga perlu berfikir dengan bijak dan matang agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda pihak-pihak tertentu yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mengejar kuasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here