Setelah 18 bulan menerajui pemerintahan negara, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah berjaya mencapai banyak kejayaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Baru-baru ini Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan terus menerima kunjungan negara luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dalam strategi dan cara memimpin sesebuah negara. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sudah mampu membawa imej yang cemerlang di mata dunia.

Semua Ahli Parlimen boleh melayari Portal Isytihar Harta

Walaupun kebanyakan pihak mengatakan kerajaan ini tidak akan bertahan dan meramalkan ia adalah kerajaan yang terpendek dalam sejarah Malaysia, namun hari ini ia sudah membuktikan sebaliknya. Kita dapat melihat kebanyakan daripada anggota kabinet yang dipilih adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak mempunyai pengalaman dalam urusan pentadbiran negara dan kini mereka berpeluang untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka mampu untuk mentadbir negara.

Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai kejayaan yang dicapai oleh kerajaan antaranya kerajaan berjaya memerangi rasuah dan salah guna kuasa, selain menerapkan integriti dalam setiap lapisan masyarakat dalam era Malaysia Baharu ini. Kerajaan telah mewajibkan kesemua anggota Dewan Rakyat, Dewan Negara serta pegawai kerajaan berpangkat Jusa C dan ke atas melakukan pengisytiharan aset dan pendapatan. Malah kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) bagi membicarakan kes-kes rasuah.

Selain itu, kerajaan telah berjaya menjimatkan wang negara sebanyak RM21.5 bilion menerusi rundingan pengurangan kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Kalau diikutkan semasa pentadbiran sebelum ini, kos asal pembinaan ECRL adalah bernilai RM65.5 bilion. Selepas termeterainya perjanjian tambahan (SA) di antara CCCC (China Communications Construction Company Ltd.) dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd, kos ECRL berjaya dikurangkan kepada RM44 bilion iaitu pada kadar 32.8 peratus berbanding kos asal yang meliputi dua fasa pembinaan dengan jarak keseluruhan 640 kilometer.

Projek ECRL Jimat RM21 bilion

Justeru, kerajaan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kedudukan ekonomi berada dalam keadaan kukuh, lebih-lebih lagi ingin memastikan negara tidak menanggung terlalu banyak hutang. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2018 mendedahkan kedudukan keseluruhan hutang awam dan komitmen kewangan kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM1.021 trilion. Daripada jumlah itu, hutang negara bernilai RM741.049 bilion manakala komitmen kewangan lain berjumlah RM280.171 bilion. Oleh itu, bagi memastikan negara bebas daripada hutang kerajaan akan memastikan tiada rasuah, memberi kontrak kepada kroni dan meningkatkan nilai kontrak supaya boleh mendapatkan duit dengan cara yang betul. Itu apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu tetapi kita meneruskan usaha itu tanpa melibatkan perbuatan rasuah.

Realitinya kemakmuran bersama rakyat menjadi teras komitmen kerajaan dalam merencana program dan dasar bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, bermaruah serta merdeka. Apa yang penting pucuk pimpian Tun Dr Mahathir akan terus melipatgandakan usaha untuk mengembalikan Malaysia menjadi antara paksi ekonomi penting di Asia.

Oleh itu, diharapkan semua pihak khususnya pembangkang berhenti menyalahkan kerajaan sebaliknya menyokong kerajaan dan bersedia melakukan apa sahaja demi memastikan negara kembali menjadi sebuah negara yang disegani.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here