Tenaga solar adalah teknologi yang dicipta untuk mendapatkan tenaga daripada cahaya matahari. Antara contoh penggunaan tenaga matahari yang biasa digunakan adalah seperti pemanasan air dan pemanasan bangunan. Malah, tenaga matahari juga boleh menghasilkan tenaga elektrik melalui enjin pemanasan dan fotovoltaic.

Tidak hairan mengapa tenaga solar ini menjadi sumber tenaga boleh baharu penting pada masa hadapan. Ini kerana faktor perubahan cuaca di bumi dan berlakunya pencemaran serta kekurangan sumber bekalan tenaga elektrik akan semakin berkurangan pada masa hadapan.

Akibat perubahan cuaca, bekalan tenaga elektrik akan semakin berkurangan

Kebanyakan negara termasuk Malaysia berusaha keras untuk mendidik rakyat Malaysia agar lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian. Masyarakat perlu dididik untuk memasang solar panel di rumah atau bangunan agar dapat menyediakan sumber tenaga boleh baharu yang mencukupi pada masa hadapan.

Namun, di Malaysia, penggunaan panel solar ini masih lagi kurang kesan daripada kurangnya pengetahuan rakyat Malaysia mengenai manfaat dan kelebihannya. Ramai yang tidak mengetahui bahawa tenaga solar mampu memberikan keperluan yang sama seperti penggunaan tenaga elektrik. Malah, ia mampu menjimatkan penggunaan elektrik sekaligus mengurangkan bil.

Tenaga solar dapat menjimatkan kos pada jangka panjang

Bukan itu sahaja, tanpa kita sedari, penggunaan panel solar ini mampu membantu ekonomi negara kita. Ini kerana, jika lebih ramai memilih untuk memasang panel solar, maka lebih banyak permintaan sekaligus ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan atau pekerjaan tambahan untuk pekerja mahir dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Justeru itu, penggunaan tenaga solar mampu memberikan manfaat bukan sahaja dari segi alam sekitar malah dapat menjimatkan perbelanjaan. Oleh kerana permintaan yang tinggi sudah pasti teknologi juga telah ditambah baik dan menjadikan penggunaan panel solar ini amat efektif bagi isi rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here