Kematian wira yang tidak didendang, Muhammad Adib Mohd Kassim pada 17 Disember 2018 tepat jam 9.41 malam mengundang pelbagai emosi kepada rakyat Malaysia. Masing-masing meluahkan perasaan simpati, marah dan menuntut agar kematian beliau di beri keadilan.

Mengimbas kembali kronologi insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman yang berlaku pada 27 November 2018, Muhammad Adib yang pada ketika itu berada di dalam jentera bomba telah ditarik keluar sebelum dipukul oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab. Beliau tiba di lokasi kejadian bagi mengikuti operasi pemadaman kebakaran yang berlaku di kuil tersebut.

Kematian beliau yang berpunca daripada rusuhan perkauman itu membuktikan bahawa rakyat Malaysia perlu hidup dalam keadaan harmoni tanpa mencetuskan sebarang provokasi. Kelantangan netizen yang menuntut agar pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan kematian anggota bomba itu diberi hukuman yang setimpal adalah suara-suara rakyat Malaysia yang menuntut pembelaan.

Jenazah Muhammad Adib dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Tebengau

Tetapi netizen perlu tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian bangsa dan kaum. Ada ‘perasaan’ yang perlu dijaga. Kita tidak mahu negara terus bergolak dengan sentimen-sentimen perkauman. Cukuplah Muhammad Adib sebagai korban. Kematian beliau adalah suatu pengorbanan dan ‘harga’ yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia atas pengorbanan beliau bagi mewujudkan keharmonian dan keamanan di dalam negara.

Media sosial seperti facebook dan twitter seolah-olah seperti sebuah mahkamah dan netizen bertindak sebagai ‘hakim’ yang menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ianya adalah di dalam bidang tugas pihak berkuasa. Kita perlu percaya bahawa pihak PDRM akan menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya.

Justeru itu, tugas netizen sebagai rakyat Malaysia adalah membantu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Elakkan sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan provokasi perkauman. Serahkan tanggungjawab kepada pihak berkuasa agar pelaku dibawa ke muka pengadilan.

Tunang Allahyarham Muhammad Adib, Nurul Najihah hanya mampu menahan sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here