May be an image of 3 people and text that says '¡CITRA eutamaan ami YouAre Our Priority akan Akgun1 simpanan (HILANG PEKERJAAN) PENGELUARAN CITRA Akaun2 bot RM5,150 RM12.000 Diluluskan RM5,000 KELAYAKAN AMAUN PENGELUARAN Jadual embayaranAdli RM5000 15 JULAI 2021 SEHINGGA SEPTEMBER 2021 icitra.kwsp.gov.my onokonbeuadabul OGOS 2021 RM1,000 KEMUDAHAN I-CITRA BANTU RINGANKAN P BEBAN PEKERJA YANG TERJEJAS PENDAPATAN HUP KV'

Kerajaan sedar pada saat yang genting seperti ini ramai rakyat yang terkesan dengan pandameik COVID-19 yang melanda negara kita. Oleh sebab itu, atas dasar prihatin kepada rakyat, kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu di bawah pakej bantuan PEMULIH iaitu i-Citra bagi meringankan beban kewangan ahli yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan ahli. Walau bagaimapun semuanya tertakluk dengan beberapa syarat yang akan melayakkan seseorang itu untuk membuat permohonan.

Paling utama sekali pemohon mestilah yang berumur 55 tahun dan ke bawah yang mempunyai simpanan minimum RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan. Segala urusan permohonan boleh dibuat bermula 15 Julai 2021 ini sehingga 30 September 2021 secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my.

Kita harapkan dengan adanya kemudahan seperti i-Citra ini, dapatlah ianya membantu rakyat untuk mengurangkan bebanan kewangan yang sedang dihadapi rakyat ketika ini. Semoga kerajaan terus komited membantu rakyat dalam mengharungi detik-detik sukar ini dan mengesyorkan lebih banyak bantuan-bantuan seperti ini demi kelangsungan hidup rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here