Industri kreatif merujuk kepada penghasilan bakat individu atau berkumpulan berasaskan kreativiti, inovasi dan teknologi yang menjurus kepada sumber keberhasilan ekonomi dan pendapatan tinggi kepada negara.

kerajaan Malaysia telah mengumumkan bermula tahun 2009 adalah tahun Kreatif dan Inovatif

Oleh itu, kerajaan telah memperuntukan RM5 juta kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) melalui Bajet 2020 agar dapat membuka ruang dan peluang kepada kelompok masyarakat yang berhasrat untuk meneruskan mencipta karya dalam aspek seni, budaya dan warisan.

Kini dapat dilihat bahawa industri kreatif multimedia seperti animasi dan kandungan digital paling pesat berkembang berbanding penerbitan filem, televisyen dan sebagainya. Manakan tidak, beberapa produksi tempatan berjaya menempa nama di persada antarabangsa malah turut mendapat permintaan tinggi untuk tayangan di dalam mahupun di luar negara.

Animasi yang berjaya menempa nama di persada anatarabangsa seperti animasi Boboiboy, Upin Ipin, Ejen Ali dan sebagainya memberi sumbangan yang signifikan kepada ekonomi digital negara. Malah, ia juga berupaya merangsang sektor pelancongan kerana animasi seperti Upin Ipin jelas menggambarkan keunikan budaya dan bangsa di Malaysia.

Karya animasi boleh dijadikan platform mempromosi keunikan citra budaya bangsa Malaysia

Malaysia pula merupakan salah satu daripada 10 penyumbang utama antara negara-negara membangun yang menggiatkan industri kreatif di mana ia menjana pulangan sebanyak RM11 bilion kepada ekonomi negara ataupun 2% daripada ekonomi Kuala Lumpur berserta 86,000 peluang pekerjaan.

Justeru, industri kreatif ini mampu merancakkan kegiatan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan sekaligus dapat memperbaiki mutu kehidupan masyarakat. Amat penting industri ini diperkasakan secara bersepadu dan terancang kerana negara Malaysia mampu melangkah jauh lebih-lebih lagi apabila mempunyai masyarakat majmuk berbilang bakat serta kreativiti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here