Jika sebelum ini ada pihak yang mengatakan kerajaan di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri tidak mahu menjunjung titah YDP Tuanku Agong, namun segalanya telah disangkal oleh PM setelah beliau bersetuju untuk mengadakan sidang Parlimen Mesyuarat Khas Penggal Ketiga pada 26 Julai ini. Ini adalah bukti bahawa kerajaan tidak pernah menghiraukan titah Tuanku malah mereka sentiasa menyanjung tinggi titah YDPA.

Sidang Mesyuarat ini akan diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid. Persidangan hibrid yang dicadangkan ini akan melibatkan kehadiran fizikal bagi menepati kehendak korum iaitu sekurang-kurangnya 26 ahli Dewan Rakyat dan 10 ahli Dewan Negara makanala selebihnya, ahli Dewan mempunyai pilihan untuk hadir secara maya mahupun fizikal tertakluk pada syarat oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa persidangan berlangsung.

Berdasarkan kepada kenyatataan oleh Pejabat Perdana Menteri, Sidang Dewan Rakyat akan bermula pada 26 Julai sehingga 29 Julai dan 2 Ogos manakala sidang Dewan Negara pula pada 3 Ogos sehingga 5 Ogos. Persidangan kali ini juga adalah bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian yang baik untuk kita membendung wabak COVID-19 yang kian membimbangi rakyat hari ini.

Oleh itu, kita berharap persidangan kali ini akan memberikan sejuta makna kepada rakyat dimana semua ahli-ahli parlimen mampu berkongsi pandangan bernas agar kita sama-sama mampu untuk menangani wabak COVID-19 ini dengan baik. Nasib dan nyawa rakyat semuanya bergantung kepada anda semua, besar harapan rakyat untuk melihat Malaysia kembali pulih seperti sedia kala.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here