May be an image of 1 person and text that says 'PELBAGA PAKEJ BANTUAN RANGSANGAN EKONOMI RM380 bilion Memanfaatkan individu juta perniagaan peMulih RM150 bilion KERAJAAN UMUM BANTUAN PEMULIH UNTUK lindungan Meneruskan Agenda RINGANKAN erhatin Rakyat BEBAN BANTUANKHASCOVID.19BXC KHAS COVID-1 BANTUAN RAKYAT Menyokong Perniagaan Pem Meningkatkan Vaksinasi peMulih'

Syukur ke hadrat Ilahi apabila kerajaan mengumumkan Bantuan PEMULIH semalam bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang rata-rata terjejas disebabkan pandemik COVID-19 yang menimpa lebih setahun. Rakyat yang terjejas ini bukan sahaja terdiri daripada fakir miskin malahan golongan B40 yang berpendapatan RM4,850 kebawah, M40 dibawah RM10,971 dan T20 melebihi RM10,970.

Antara pengumuman untuk Bantuan PEMULIH ialah nilai keseluruhan bantuan sebanyak RM150 bilion dan suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion. Tiga matlamat utama kerajaan ialah, meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan-perniagaan yang terjejas serta meningkatkan vaksinasi ke seluruh negara bagi mencapai 80 peratus imuniti sebelum tamatnya 2021.

Selain daripada itu, Bantuan Khas COVID-19 juga di bahagikan kepada tiga kategori iaitu miskin tegar, B40 dan M40. Kelayakan yang diberi pula kepada isi rumah dan juga individu bujang. Bagi kategori pertama isi rumah miskin tegar bakal menerima RM1,300 manakala individu bujang sebanyak RM500. Bagi isi rumah B40 pula RM800 dan bujang bakal menerima RM200. Untuk isi rumah M40 pula RM250 dan bujang RM100.

Di samping itu, RM300,000 jumlah bakul makanan diberi kepada ahli Parlimen termasuk Parlimen Pembangkang bagi rakyat yang terputus bekalan makanan serta memerlukan. Kita sedia tahu, ketika musim pandemik ini kebanyakan perniagaan terpaksa gulung tikar dan telah memberi kesan kepada pekerja. Oleh demikian, bagi sesiapa yang kehilangan pendapatan atau pekerjaan RM500 bakal diberi berdasarkan data caruman dari EPF/SOCSO yang dianggarkan beri faedah kepada 1 juta orang penerima.

Tambahan lagi, bagi individu yang terjejas pendapatan dan memiliki komitmen ‘loan’ bersama bank, mereka boleh memohon moratorium penangguhan selama 6 bulan yang ditawarkan oleh pihak bank untuk kategori B40, M40, T20 dan usahawan kecil yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19 tanpa sebarang syarat.

Pengumuman Bantuan PEMULIH jelas menunjukkan kerajaan meneliti setiap keperluan yang diperlukan oleh rakyat dan bantuan merangkumi setiap lapisan pendapatan iaitu fakir miskin, B40, M40, T20 dan usahawan-usahwan kecil yang berada di Malaysia. Bukan itu sahaja, sifat timbang rasa dari kerajaan kepada rakyat ini haruslah kita syukuri dengan keamanan dan kesejahteraan yang kita miliki dan diharap dengan bantuan ini dapat menyuntik semula semangat rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here