Baru-baru ini Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming, telah membangkitkan semula isu pengiktirafan UEC terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan ianya dilaksanakan mengikut janji Manifesto PH pada PRU14 lalu. Setelah sekian lama isu ini tidak dibangkitkan, Nga juga menyatakan DAP tidak tidak teragak-agak untuk keluar dari kerajaan PH jika janji tersebut tidak ditunaikan.

Tindakan Nga itu telah menimbulkan persoalan kepada rakyat tentang sejauh mana kesetiaan DAP dalam kerajaan kerana sanggup membuat ugutan sedemikian jika kerajaan tidak melaksanakan apa yang mereka mahukan. Malah, rakyat juga akan mempertikaikan kenapa DAP begitu mahukan UEC ini diiktiraf mengikut janji Manifesto PH sedangkan ianya kepentingan untuk NGO seperti Dong Zong sahaja berbanding rakyat.

Kenyataan Nga Kor Ming dilihat memecahbelahkan kerajaan

Jadi apa motif yang DAP nak sampaikan sebenarnya dan ini bukan kali pertama mereka bertindak menyerang ‘’rakan sejawatan’’ mereka dalam kerajaan. UEC bukanlah perkara yang remeh temeh untuk dilaksanakan kerana ia tidak mengikut sistem pendidikan negara ini dan tidak dikendalikan oleh kerajaan. Sijil UEC ini juga dikeluarkan oleh Dong Zong sendiri mengikut silibus dari Taiwan sekaligus melanggar Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Jadi tindakan sebegini boleh menimbulkan dua aliran pendidikan berbeza dan tidak langsung menggambarkan penyatuan kaum yang sering diungkap oleh DAP kerana mereka menolak sistem pendidikan sedia ada. Jika ianya dilaksanakan maka mungkin pada masa akan datang wujud lagi satu aliran pendidikan yang lain untuk dilaksanakan dalam negara ini.

Oleh kerana itu DAP perlu berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat kerana mereka juga lantang mengkritik kerajaan dan sering menyatakan PH tidak akan menang PRU14 jika bukan kerana kemenangan kerusi DAP. Sikap sebegini hanya merosakkan imej mereka sendiri berbanding PH dan menunjukkan mereka tidak bersefahaman dengan komponen parti kerajaan lain demi kepentingan sendiri.

Pengiktirafan UEC menyebabkan negara mempunyai dua aliran pelajaran

Justeru, pihak DAP harus melihat kepentingan negara serta rakyat dahulu berbanding kepentingan mereka sendiri dan tidak mengugut kerajaan jika sebarang keputusan tidak menguntungkan mereka. Ini kerana mereka perlu sedar bahawa mereka sekarang berada di dalam kerajaan dan tidak boleh bertindak seperti berada dalam pihak pembangkang dahulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here