Bagi merealisasikan usaha untuk mewujudkan kestabilan serantau, Malaysia telah melibatkan diri dengan pelbagai cara dan pendekatan dalam dasar hubungan luarnya. Antaranya adalah melalui rundingan, dasar hubungan luar, hubungan diplomasi, bertolak ansur, perantaraan, perdamaian, kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial. Namun agak sukar untuk memisahkan setiap isu dengan peranan dan penglibatan Malaysia berdasarkan satu cara dan penglibatannya.

Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Antaranya adalah saling hormat-menghormati terhadap kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tiada unsur campur tangan, membuat penyelesaian  secara aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama.

Oleh itu, dasar luar Malaysia adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha diplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas.

Kerjasama di antara negara Malaysia dan China juga perlu diperkuatkan lagi supaya mampu untuk mengukuhkan ekonomi negara

Di antara peranan dan penglibatan Malaysia dalam kerjasama dengan negara luar ini adalah untuk memudahkan proses rundingan damai. Melalui proses ini, rundingan secara damai akan dibuat antara dua pihak yang terlibat. Perundingan ini akan dibuat dengan membincangkan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang sebenarnya wujud tanpa percanggahan pendapat. Semasa rundingan berjalan, semua pihak akan cuba untuk memenuhi keinginan dan maltlamat rundingan secara aman.

Oleh itu juga, dengan mengamalkan dasar berbaik-baik dan adanya hubungan diplomatik ini, Malaysia bukan sahaja mendapat ramai sahabat, tetapi dapat meluaskan lagi pasaran untuk produk-produk keluaran Malaysia. Malah Malaysia dapat menstabilkan turun naik harga yang hebat akibat terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat dan negara Eropah.

Gardenia merupakan salah satu produk Malaysia yang telah terkenal di negara luar

Jelas disini bahawa hubungan diplomasi yang telah dijalankan oleh Malaysia akan memberikan satu kelebihan untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Walau bagaimanapun, kita boleh menjalinkan hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira haluan politik mereka dengan syarat mereka haruslah menghormati kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia.

Kita perlu menggalakkan lagi pelabur-pelabur asing untuk terus membuat pelaburan ke dalam negara kita.  Kemasukan pelaburan asing banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, sekali gus menunjukkan keyakinan dunia antarabangsa terhadap pentadbiran negara.

Justeru itu, rakyat seharusnya tidak terpedaya dengan pendapat yang negatif berkenaan dengan kesan menjalinkan hubungan dengan negara luar. Hakikatnya, negara kita tidak boleh menjadi negara yang bagaikan katak di bawah tempurung dengan tidak mahu bekerjasama dengan dunia luar. Janganlah kita nafikan manfaat yang boleh diterima rakyat hasil daripada hubungan baik kerajaan dengan negara-negara luar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here