Sebelum ini ramai pihak yang telah meragui terhadap sistem kehakiman dan perundangan di negara kita ini seolah-olah wujud campur tangan politik di dalam membuat sesuatu keputusan di mahkamah lebih-lebih lagi kes yang melibatkan individu-individu kenamaan. Namun segala tanggapan itu sudah mampu ditangkis dengan keputusan yang diputuskan oleh mahkamah terhadap kes rasuah Ku Nan dimana keputusannya adalah berpihak kepada Ku Nan dan beliau telah dibebaskan dari kes tersebut.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya, lima tahun lalu. Ini menjadikan beliau terlepas daripada menerima hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta atas pertuduhan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu.
Terbukti keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah adalah adil dan telah mengikut prosiding yang betul dan sah. Ianya bukanlah seperti apa yang diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu terutama sekali para pemimpin kluster mahkamah yang mendakwa wujudnya campur tangan politik terhadap kes-kes yang sedang mereka hadapi sekarang ini bagi menganiaya mereka.
Jika benar tuduhan yang mereka lontarkan itu sudah tentu keputusan mahkamah tidak akan berpihak kepada Ku Nan. Jelas disini badan kehakiman negara telah menjalankan tugas mereka dengan sangat baik dan mereka akan mengadili sesebuah kes terutama sekali kes yang berprofil tinggi dengan amat teliti berpandukan daripada segala bukti-bukti yang telah mereka perolehi. Segala tanggapan negatif kepada sistem mahkamah di Malaysia perlu segera diubah demi kebaikan dan keamanan negara kita bersama.
Jelas di sini, setiap pesalah yang disiasat kesalahannya di mahkamah akan diberi ruang yang adil dan saksama untuk menegakkan kebenaran demi membela diri. Kes Ku Nan merupakan contoh yang baik bagaimana peguamnya berjaya mempertahankan kesnya mengikut lunas undang-undang yang betul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here