Negara kita mengukir sejarah politik yang tersendiri bermula dengan tumbangnya kerajaan yang telah memerintah selama 61 tahun dan digantikan dengan kerajaan baru. Malangnya, akibat perebutan jawatan dan kegagalan menunaikan mandat rakyat, dalam tempoh 22 bulan kerajaan baru pun tumbang akibat PM sendiri yang meletakkan jawatan.

Disebabkan ketamakkan kuasa dan sifat mementingkan diri sesetengah pihak, negara dalam keadaan kucar kacir tanpa kabinet menteri. Tapi, walaupun tanpa kehadiran menteri, urusan kerajaan masih berjalan dengan sempurna. Kebijaksanaan dan pertimbangan YDPA menoktahkan konflik politik Malaysia.

YDPA turut mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mengheret negara ke kancah politik lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang berdepan kesukaran akibat pandemik Covid-19. Walaupun negara berdepan dengan situasi politik yang sangat tegang, kebijaksanaan YDPA menangani masalah politik negara menyebabkan rakyat tidak panik sekaligus membuka mata rakyat terhadap pentingnya Institusi Diraja bagi memastikan negara kekal aman, harmoni dan selamat.

Rakyat dapat lihat selama negara berada dalam kemelut politik, lebih-lebih lagi kerana perebutan jawatan, nasib rakyat tidak terbela dan ekonomi negara terjejas teruk kerana pelabur tidak yakin dengan negara kita. Itulah antara harga yang perlu dibayar oleh negara akibat politik yang tidak stabil.

Walaupun negara kini sedang ditadbir oleh kerajaan bukan pilihan rakyat, namun hari demi hari rakyat semakin sedar bahawa kerajaan sebeginilah yang diperlukan oleh mereka. Kerajaan yang sangat prihatin dengan nasib rakyat. Kerajaan yang tidak berpolitik berlebihan ketika rakyat sedang berdepan dengan kesusahan.

Malah kerajaan hari ini, menjadi idaman rakyat negara lain kerana kebolehan kerajaan Malaysia menangani pandemik Covid-19 dengan begitu baik sekali tanpa mengabaikan nasib rakyat. Kerajaan hari ini tidak pernah mengungkit kesilapan atau kerosakan kerajaan terdahulu dan memberikan sepenuh perhatian kepada nasib rakyat. Kebolehan kerajaan hari ini dalam mentadbir negara dan menguruskan pandemik Covid-19 dengan baik telah diiktiraf oleh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here