Mufti Wilayah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri baru-baru ini telah membuat teguran berkenaan dengan sumpah laknat yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak di Masjid Kg Baru untuk membersihkan namanya daripada tuduhan bahawa beliau mengarahkan Azilah untuk membunuh Altantuya. Tambahnya lagi, institusi masjid tidak seharusnya dimanipulasi oleh mana-mana pihak walaupun ia membabitkan kepentingan awam atau kes sedang dibicarakan di mahkamah.

Antara ahli politik yang pernah bersumpah di dalam masjid

Walau bagaimanapun, ada segelintir pihak yang tidak senang dengan teguran yang telah dibuat oleh mufti berkenaan dengan isu sumpah laknat Najib. Ia adalah kerana teguran dibuat selepas Najib melakukan sumpah tersebut sedangkan Najib telah membuat pengumuman awal untuk melakukan sumpah tersebut di Masjid Kg Baru.

Rakyat beranggapan bahawa mufti membuat teguran hanya berpandukan daripada arahan pihak atasan yang mana ia adalah bermotifkan politik semata-mata. Mufti dilihat memilih isu untuk mereka membuat teguran dan rakyat juga mempersoalkan mengapa isu lain sebagai contoh kaum bukan Islam masuk ke dalam masjid tanpa menutup aurat mufti hanya berdiam diri.

Adakah mufti atau para ulamak layak untuk membuat teguran yang berkaitan dengan politik? Sebagai contoh sebelum ini mufti Perak yang sering terpalit dengan tuduhan sering terlibat dengan isu-isu politik semasa telah ditentang oleh ramai pihak. Sebaiknya golongan ini hanya fokus terhadap isu-isu yang melibatkan agama Islam sahaja tanpa melibatkan diri daripada sebarang isu politik negara.

Sebahagian komen netizen terhadap mufti

Hal ini adalah demi menjaga dan memelihara keperibadian para mufti dan ulamak di dalam negara ini supaya mereka lebih dihormati oleh rakyat. Kita tidak mahu disebabkan politik mufti dan ulamak dipandang hina oleh masyarakat seterusnya tidak mahu mendengar pandangan seorang agamawan yang nyata lebih arif dan memahami tentang hukum Islam.

Justeru itu, diharapkan rakyat bertenang dan berhenti melakukan provokasi di media sosial dengan menghina mufti dan ulamak di dalam negara ini. Mereka membuat teguran adalah berpandukan hukum Islam dan kita sebagai umat Islam perlu menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Kita ambil pandangan mereka sebagai satu pengajaran dan pedoman untuk kita menjadi seorang hamba Allah yang berjaya dan taat kepada perintah-Nya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here