Negara telah dikejutkan dengan kontroversi dimana terdapat kumpulan yang berhajat untuk membawa pulang abu mayat Chin Peng ke Malaysia. Sebelum ini juga wujud percubaan beberapa tokoh politik untuk memasukkan sejarah perjuangan komunis ke dalam buku teks. Perkara ini seharusnya tidak berlaku di dalam negara kita walaupun kita sudah mengecapi kehidupan yang aman tanpa peperangan.

Tidakkah mereka mengenangkan sejenak air mata mereka yang mengalir, penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang mendalam dialami rakyat akibat dari kekejaman komunis ketika Zaman Darurat yang telah mengorbankan lebih 10,000 nyawa. Ia pasti membuatkan perajurit tanah air yang berjuang menentang komunis tidak dapat melupakan kezaliman dan kekejaman pihak komunis ini. Selagi hayat di kandung badan, segala pengalaman itu tetap menjadi kenangan pahit buat mereka.

Kekejaman komunis pada suatu ketika dahulu akan diingati selamanya.

Walau bagaimanapun, tanpa kita sedari kini ideologi komunis sudah semakin tersebar di dalam negara kita. Sekiranya isu ini tidak ditangani segera, keselamatan negara berada pada tahap kritikal kerana ancaman komunis lebih bahaya daripada militan agama. Ideologi komunis yang mahukan kesamarataan hak, sekali gus menghapuskan keistimewaan bangsa asal di negara ini boleh menimbulkan rasa tidak tenteram dan huru hara.

Ideologi komunis ini telah disebar secara halus sebagai contoh adalah menggunakan platform sukan sehingga tidak disedari orang ramai sejak kebelakangan ini dan yang terbaru adalah isu bucu bintang di bendera Malaysia yang telah diubah sesuka hati. Malah kelompok yang tidak bertanggungjawab ini juga akan menggunakan media sosial dan media cetak untuk menyebarkan propaganda mereka secara halus.

Usaha untuk membawa pulang abu Chin Peng ke Malaysia seperti tidak menghormati negara.

Oleh itu, adakah wajar mereka diberikan penghormatan kerana jasa mereka menyerang hendap konvoi angkatan tentera, meletupkan monumen kebangsaan, pembunuhan terancang anggota polis dan rakyat jelata? Jawapannya sudah tentu tidak. Sehubungan itu kerajaan perlu menyatakan pendirian mereka dengan jelas terhadap gerakan komunis yang sedang menular di negara ini, selain mengambil tindakan tegas ke atas individu yang cuba menghidupkan dan menyebarkan fahaman komunis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here