Isu kenaikan harga barangan bukanlah satu fenomena yang baru berlaku pada hari ini. Ia sudah lama berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf kehidupan sesebuah masyarakat itu sendiri. Sudah pasti ia telah menjadi satu bebanan serta keluhan rakyat oleh kerana mereka terpaksa bersusah payah untuk meneruskan kehidupan.

Harga barangan asas perlu dipantau terutamanya pada musim perayaan

Namun, terdapat juga punca-punca yang boleh menyebabkan kenaikan harga sesuatu barang ini berlaku antaranya ialah disebabkan sikap para peniaga yang suka mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan. Memang tidak dapat dinafikan terdapat segelintir peniaga yang lebih mementingkan keuntungan semata-mata serta bertindak memanipulasi dan menaikkan harga barang adalah antara punca utama kenaikan harga barang. Golongan peniaga ini adalah dalam kelompok peniaga yang tidak beretika dalam perniagaan. Peniaga yang tamak haloba ini adalah peniaga yang tidak berperikemanusiaan dan bertimbang rasa terhadap kesusahan rakyat.

Hal ini berlaku kerana kurangnya pemantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terhadap syarikat-syarikat serta gedung-gedung perniagaan baik yang besar mahupun perniagaan kecil di sesebuah negara tersebut. Apabila berlaku kelonggaran dari segi penguatkuasaan, maka tidak mustahil seseorang peniaga itu akan menaikkan harga barangan di kedainya untuk mengaut keuntungan yang lebih.

Oleh itu, dalam isu kenaikan harga barang ini semua pihak yang terlibat perlu memainkan peranan mereka dengan sebaiknya. Kita tidak boleh menuding jari hanya kepada sebelah pihak sahaja baik kepada peniaga mahupun pemborong. Sekiranya kedua-dua mereka dapat memberikan kerjasama yang baik maka masalah kenaikan barang yang sedang dihadapi oleh rakyat dapat dikurangkan.

Justeru itu, pihak KPDNHEP atas dasar tanggungjawab mereka perlu melakukan kerja untuk memantau segala harga barangan di pasaran. Pastikan tiada lagi berlakunya manipulasi harga oleh para penjual pada masa kini oleh kerana sikap tersebut akan lebih menindas rakyat.

Orang ramai juga disarankan untuk sama-sama membantu memantau harga barangan di seluruh negara seterusnya membanteras kegiatan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati. Sekiranya didapati ada para peniaga yang melakukan kesalahan tersebut, aduan boleh terus dibuat kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Walau bagaimanapun, aduan daripada pengguna perlu lebih jelas dengan mengambil nama serta butiran lengkap mengenai peniaga yang melanggar atau mengaut keuntungan berlebihan.

Harga telur yang naik mendadak merungsingkan rakyat

Sehubungan itu, pihak kerajaan juga perlu bersifat lebih peka terhadap masalah utama yang rakyat sedang hadapi ini. Jika tiada usaha atau jalan penyelesaian yang baik di ambil, maka tidak hairan rakyat akan semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan. Kebajikan rakyat perlu diberikan keutamaan supaya mereka mampu menikmati hidup yang lebih sempurna dari sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here