Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan akan mengeluarkan semula pekeliling kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung larangan penggunaan nama asing bagi projek perumahan, bangunan dan jalan untuk mengingatkan mereka tentang garis panduan yang harus dipatuhi bagi kelulusan permohonan.

Menurut menterinya YB Zuraida Kamaruddin, pihak KPKT akan pastikan PBT lebih bertegas untuk meluluskan nama-nama projek pembangunan terutamanya nama-nama Inggeris supaya tidak merencatkan rancangan kerajaan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Kerajaan juga bercadang untuk menguatkuasakan undang-undang supaya semua taman perumahan baru menggunakan nama bahasa Melayu.

KPKT akan pastikan PBT melarang penggunaan nama asing untuk projek pembangunan

Di samping itu, keputusan tersebut dibuat ekoran daripada pelaksanaan projek pembangunan menggunakan bahasa Inggeris dan nama orang Inggeris mengikut cita rasa mereka yang tidak mencerminkan Malaysia walaupun sudah wujud garis panduan mengenainya. Ini kerana ada rayuan daripada pemaju untuk menggunakan nama asing disebabkan syarikat tersebut milik warga asing dan pihak PBT telah memberi kelonggaran.

Keputusan kerajaan tersebut untuk melaksanakan peraturan tersebut boleh memanfaatkan rakyat Malaysia supaya lebih menghargai bahasa kebangsaan daripada bahasa asing seperti Jepun, Korea Selatan dan China. Kerajaan China sangat tegas dalam penggunaan bahasa mereka di setiap projek mereka dan hanya menggunakan nama asing untuk pasaran luar.

Selain itu, ia dapat mengelakkan bahasa kebangsaan terus dihakis dan digantikan dengan bahasa asing. Sesetengah pemaju lebih gemar untuk menggunakan nama asing kerana mahu menarik minat pembeli dari luar negara atau hanya mahu kelihatan lebih eksklusif. Malah, projek-projek perumahan di bandaraya utama seperti Kuala Lumpur juga banyak menggunakan nama Inggeris jadi keputusan kerajaan ini amat dialukan.

Nama dalam bahasa Inggeris sering dianggap eksklusif

Justeru, pelaksanaan garis panduan ini harus dilaksanakan dengan segera dan ia merupakan cadangan yang bijak dari kerajaan. Pemaju boleh merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka jika mereka kekeringan idea untuk mencari nama yang bagus untuk projek pembangunan. Moga pada masa akan datang, lebih banyak nama-nama bahasa Melayu boleh kelihatan dalam bangunan besar di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here