Baru-baru ini, kerajaan melancarkan program latihan kemahiran percuma kepada kumpulan pekerja isi rumah terendah (B40) bagi meningkatkan kemahiran selaras dengan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0). Program ini melibatkan latihan secara sepenuh masa dan sambilan dengan peserta disediakan tempat tinggal percuma, makanan serta diberikan elaun. Ini bagi membantu pekerja B40 mendapat pekerjaan selepas tamat latihan untuk meningkatkan pendapatan mereka selain mencapai sasaran kerajaan sebanyak 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang tahun 2020.

Sehubungan dengan itu, latihan ini terbuka kepada semua orang khususnya golongan B40 bagi membekalkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat serta menambah pendapatan.

Latihan kemahiran meningkatkan kemahiran usahawan B40

Terdapat beberapa manfaat latihan kemahiran percuma antaranya membantu usahawan Bumiputera B40 meningkatkan keupayaan serta kemahiran mereka. Mereka bukan sahaja dilatih dan diberi bimbingan ketika kursus malah dilanjutkan dengan coaching serta mentoring hingga tempoh tertentu untuk meningkatkan daya saing. Secara tidak lansung ia bukan sahaja meningkatkan kemahiran kerja tetapi menambah nilai kepada pekerja dalam pasaran kerja tempatan.

Realitinya ia juga dapat memberi peluang pekerjaan khususnya kepada golongan B40 menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Ini kerana sama ada mereka yang masih bekerja, sudah diberhentikan kerja atau mereka yang masih mencari kerja boleh melibatkan diri dalam latihan kemahiran percuma. Oleh itu, ia bukan sahaja dapat meningkatkan punca pendapatan mereka malahan mengurangkan kadar pengangguran di kalangan masyarakat.

Latihan kemahiran menjana pendapatan golongan B40

Oleh itu, langkah ini adalah salah satu usaha kerajaan meningkatkan keupayaan dan kemahiran pekerja tempatan sebagai persediaan menghadapi IR 4.0. Malah ia juga bagi memastikan mereka berusaha sendiri dan tidak perlu hanya bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan sepanjang masa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here