Masalah pengangguran di kalangan mahasiswa merupakan salah satu isu kritikal di Malaysia dan ia menjadi salah satu kebimbangan kepada kita semua. Kini, satu perubahan positif dilihat telah berlaku apabila rekod semasa yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, menunjukkan statistik mahasiswa bekerja semakin meningkat.

Pihak universiti perlu memainkan peranan dalam membantu mahasiswa mendapatkan pekerjaan

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia sebanyak 4.96 juta daripada 24.47 juta penduduk dalam umur bekerja di Malaysia pada 2018 adalah siswazah. Sehubungan itu, daripada jumlah tersebut peningkatan mahasiswa bekerja telah meningkat sebanyak 7.6 peratus daripada 4.61 juta orang yang direkodkan pada 2017.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa penyumbang kepada peningkatan ini iaitu sikap mahasiswa yang lebih matang dan bersikap terbuka dalam mendapatkan pekerjaan. Menyedari persaingan dalam mendapatkan pekerjaan yang semakin sengit juga menyebabkan mereka mempersiapkan diri dalam menempuh alam pekerjaan

Ramai graduan tidak lagi memilih pekerjaan walaupun ia tidak menyamai dengan kelayakan mereka

Selain itu, peningkatan ini juga menunjukkan bahawa kemahiran dan kepakaran mahasiswa semakin bersesuaian dan mendapat kepercayaan dalam pasaran kerja. Situasi ini juga membuktikan bahawa dari masa ke semasa pihak unisversiti berjaya melahirkan dan membentuk mahasiswa yang lebih berkualiti dalam memenuhi pasaran pekerjaan

Di samping itu, peningkatan dan perubahan ini bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada mahasiswa itu sendiri. Malah, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan lagi kemampuan negara dalam mengeluarkan produktiviti dan ekonomi negara. Selain itu, peningkatan ini juga menjadi petanda yang baik di mana kebergantungan negara kepada pekerja asing juga dapat dikurangkan pada masa akan datang.

Justeru itu, peningkatan ini adalah satu permulaan yang baik dalam memastikan masalah pengangguran mahasiswa dapat ditangani sebaik mungkin. Persepsi sesetengah pihak yang mengatakan bergelar mahasiswa bukan jaminan mendapat kerja perlu diubah bagi membuktikan kualiti mahasiswa berada di tahap yang berbeza.

Selain itu, kemampuan mahasiswa yang sudah menamatkan pelajaran dan berjaya mendapatkan pekerjaan juga akan menjadi penanda aras penting dalam menentukan prospek masa depan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here