Mungkin terdapat segelintir daripada kita masih tertanya-tanya adakah situasi Covid-19 di negara Eropah sudah pulih? Apatah lagi dengan kehadiran penonton di stadium yang meyaksikan Kejuaraan Eropah (EURO 2020), ia sudah pasti menguatkan lagi firasat kita bahawa kemungkinan negara Eropah sudah bebas Covid-19 adalah tinggi.

Namun, sangkaan itu ternyata meleset apabila baru-baru ini pihak berkuasa Finland telah pun mengarahkan penyokong bola sepak yang baru pulang dari menyaksikan perlawanan EURO melakukan ujian saringan. Ini disebabkan 300 daripada mereka telah disahkan positif Covid-19. Maka, ini membuktikan bukan Malaysia sahaja yang masih bergelut dengan pandemik COvid-19 malah negara-negara eropah juga masih dibelengu dengan krisis yang sama.

Di samping itu, menurut Datuk Bandar Helsinki, Mayor Jan Vapaavuori juga memaklumkan hasrat untuk menarik semula sekatan terpaksa ditangguhkan dahulu kerana bimbang peningkatan kes Covid-19 mungkin akan berlaku kesan daripada kejohanan tersebut. Untuk makluman, ST Petersburg adalah salah satu bandar yang menjadi tuan rumah EURO 2020 dan ia juga telah mencatatkan jangkitan varian Delta paling teruk ketika ini.

Selain itu, Menteri Dalam Negeri German, Horst Seehofer juga telah mencadangkan kepada kerajaan Britain supaya mengurangkan kapasiti penonton yang dibenarkan masuk ke stadium Wembley untuk perlawanan akhir EURO 2020. Hal ini kerana beliau bimbang jika orang ramai dibenarkan berkumpul pada perlawanan tersebut, penularan varian Delta yang menyerang negara eropah mungkin akan menjadi lebih aktif dan teruk.

Situasi ini membuktikan bahawa tanggapan kita bahawa negara Eropah sudah bebas dari Covid-19 adalah tidak benar sama sekali. Baik Malaysia mahu pun negara-negara Eropah, kita semua masih bergelut dan berusaha keras bagi memutuskan rantaian Covid-19. Dunia masih dibelengu dengan pandemik Covid-19 yang telah meragut jutaan nyawa manusia.

Secara keseluruhannya, tidak kira negara Eropah mahu pun Malaysia kita semua masih belum selamat dari wabak Covid-19. Ya, buat masa sekarang Malaysia juga masih belum selamat dan buat masa sekarang mengamalkan kehidupan ‘norma baharu’ adalah jalan terbaik bagi memastikan penularan Covid-19 tidak berleluasa. Mahu atau tidak, hakikat pahit ini perlu diterima supaya usaha keras kita dalam menangani situasi ini membuahkan hasil serta bakal berakhir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here