Senjata nuklear merupakan satu-satunya senjata pemusnah besar-besaran yang masih belum diharamkan oleh perjanjian antarabangsa. Pengharaman sepatutnya sudah lama diadakan dan mampu dicapai jika adanya tekanan daripada masyarakat umum dan pemimpin politik. Ia bukan sahaja menjadikan pemilikan dan penggunaan senjata nuklear sebagai satu kesalahan, malah membuka jalan kepada penghapusan senjata nuklear secara menyeluruh.

Terdahulu Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menyatakan bahawa Malaysia menyokong penuh usaha ke arah penghapusan senjata nuklear dan berharap usaha sebegitu tidak hanya bertumpu kepada negara tertentu seperti Korea Utara dan Iran sahaja. Beliau juga berkata Malaysia menyambut baik rundingan menangani krisis nuklear yang dijangka berlangsung antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Singapura pada 12 Jun yang lepas.

Baru-baru ini, Pengasas bersama Kempen Antarabangsa untuk Menghapuskan Senjata Nuklear iaitu Dr Ronald McCoy berkata rakyat Malaysia perlu meneruskan usaha untuk menghapuskan senjata nuklear. Jumlah senjata nuklear telah berkurangan daripada 68,000 pada 1985 kepada kira-kira 15,000 hari ini. Penggunaan satu senjata nuklear boleh membunuh ratusan ribu orang, satu senjata nuklear memberikan kesan yang banyak.

Satu serangan nuklear mungkin boleh menyejukkan atmosfera, mengurangkan pengeluaran pertanian dan kebuluran

Justeru itu, perjanjian pengharaman senjata nuklear perlu dicapai sebagai langkah penting dalam usaha berterusan untuk menghapuskannya. Jika ia berjaya, ini akan menjadi perjanjian pertama peringkat antarabangsa yang secara jelas melarang penggunaan senjata nuklear.  Ini kerana ia memberikan kesan terhadap kemanusiaan yang teruk dan ketidaksesuaian dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa (UUKA), adalah penting untuk memastikan bahawa senjata nuklear tidak lagi digunakan dan harus dihapuskan.  Sebagai contoh, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah sendiri telah menyaksikan penderitaan yang tidak terkata disebabkan serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki ketika memberikan pertolongan kepada mangsa yang mati dan tercedera akibat senjata nuklear. Selama 72 tahun berlalu, rakyat masih menjadi saksi kepada kesan jangka panjang senjata nuklear, Hospital Palang Merah Jepun terus membantu beribu-ribu mangsa kanser yang disebabkan oleh pendedahan radiasi.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) memberikan pertolongan cemas kepada mangsa yang mati dan tercedera akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki

Malaysia terus kekal melaksanakan polisi bebas nuklear bagi menjana kuasa elektrik, sebaliknya meneruskan penggunaan bahan api. Penggunaan nuklear hanya mendatangkan kemudaratan dan kemusnahan alam sekitar serta hidupan berikutan pencemaran radiasi. Penggunaan bahan api terbukti lebih selamat selain boleh dijana menerusi pelbagai sumber seperti dari arang batu, minyak dan hidro.

Oleh itu, Malaysia menolak penggunaan nuklear kerana sehingga kini ia belum mampu menguruskan isu bahan buangan dan kesan radiasi. Ini kerana pelbagai insiden susulan penggunaan nuklear tercetus di seluruh dunia termasuk Jepun dan Chernobyl, Ukraine yang menyaksikan penduduk dibelenggu masalah kesan radiasi. Selain itu, Malaysia mempunyai pengalaman buruk daripada penggunaan amang, iaitu sejenis bahan hitam yang digunakan untuk menghasilkan warna dalam televisyen suatu masa dulu. Amang yang perlu diaktifkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan, namun masalah timbul daripada lebihan bahan berkenaan angkara industri penghasilan televisyen mempunyai kaedah lain untuk menghasilkan warna. Kesan radiasi amang berleluasa sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, justeru itu, Malaysia tidak mahu perkara yang sama berulang. Diharapkan agar Malaysia mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menghentikan rancangan tenaga nuklear kerana langkah tersebut akan mendatangkan risiko yang amat hebat terhadap keselamatan tenaga negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here